Halaman

Rabu, 14 Disember 2016

Segalanya tentang Nasrani

Assalamulaikum!

Long time no see laa blog ni hahaha. Well, makin kita dah besar makin banyaklah kerja yang nak dibuat. Okay kalini aku nak kongsilah sikit daripada apa yang aku dengar ceramah dari seorang uztaz ni. Uztaz ni aku lupa apa nama dia, tapi dia seorang mualaf. Dia asalnya Kristian dan kemudian memeluk Islam. Jangan tanyalah aku sebab apa, tanyalah uztaz tu sendiri. Dia seorang uztaz yang aktif dalam aktiviti berdakwah di Sarawak tak silap aku. Dia dakwah orang-orang asli Sarawak disana untuk memeluk Islam. 

Actually aku ada dengar ceramah dia dua kali sebenarnya. Satu, dia ceramah pasal cara nak mengajak orang asli ni memeluk Islam. Memang setiap tempat lain-lain budayalah kan? So, dia pun ceritalah macam mana nak tarik mereka mendekati Islam dengan cara yang tersendiri depends kepada budaya-budaya kat sana. Masalahnya sekarang aku nak cerita pasal lain, aku open topik pasal lain pula adumak.

Okay macam biasalah pada tanggal 25 Disember orang Kristian menyambut perayaan Krismas dengan gembiranya. Krismas bermaksud menyambut kelahiran anak tuhan iaitu Jesus tak silap aku. Persoalannya sekarang adakah benar Jesus itu anak tuhan? Habis tu kalau Jesus tu anak tuhan, siapa bapanya? Seperti yang kita tahu, kitab Injil ni dah banyak diubah oleh mereka sejak zaman dahulu kala lagi begitu juga Thamud. Pada mereka, apa yang disampaikan oleh Nabi Isa yang mana diterima akal mereka, mereka masukkan dalam kitab dan yang mana mereka tak boleh terima mereka bakar dan buang. Ada satu peristiwa, satu scroll catatan lama ditemui di laut mati. Dokumen tersebut dimusnahkan separuh oleh orang Kristian dan sekarang, Skroll itu berada di muzium Australia tak silap aku. 

Kemudian, agama Kristian juga sebenarnya kalau nak tahu dia mempunyai mazhab dia yang tersendiri. Dan salah satu mazhabnya ialah ortodoks Kristian menyatakan Nabi Isa bukanlah ‘son of God’ tetapi ‘Messenger of God’. So, kita boleh dapati disini terdapat perbalahan besar pada agama mereka. Betulkah nabi Isa dilahirkan pada 25 Disember? Uztaz tu memberitahu bahawa ada dua Kitab yang menyatakan tarikh Nabi Isa yang jauh berbeza iaitu Kitab Luq dan Kitab Mathew. Kitab Luq menyatakan bahawa Nabi Isa lahir pada abad ke 3 diwaktu pemerintahan King Harold di Rom. Manakala Kitab Mathew menyatakan bahawa Nabi Isa lahir pada abad ke 7 dimana itu diperintah oleh King Caesar.

Jauh weh jarak tarikh lahir mereka jadi dah tentulah mereka mempunyai perbalahan besar pasal tu. Itu antara sebablah kenapa banyak agama Kritian yang berpecah belah. Sebenarnya ada dalam sejarah menyatakan bahawa ada seorang pope ni, pope adalah gelaran bagi orang kritian yang dirujuk kepada ‘ulama’. Maksudnya pope ni adalah ulama Kristianlah. Ada seorang pope ni dulu pernah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa Nabi Isa bukan lahir pada 25 disember. Umpama kita ubah tarikh hari Rayalah. Siapa tak bantahkan kalau orang buat fatwa sebegitu rupa. Jadi bilakah tarikh Nabi Isa yang sebenar? Wallahualam. 

Untuk pengetahuan pembaca, Nabi Isa lahir di Palestin dan in bukan bermaksud semua Nabi dilahirkan disana. Contoh macam Nabi Musa dilahirkan di Mesir. Kembali kepada dokumen scroll lama tu, mesti pembaca ingin tahukan apa yang terkandung dalam scroll tersebut? Dokumen tersebut menyatakan bahawa Nabi Ibrahim bukan mempunyai dua isteri tetapi tiga iaitu Siti Hajar, Siti Sarah dan Siti Qhonturah. Bolehlah buat research siapa Siti Qhonturah ni tapi perlukah kita percaya? Tak perlu, sebab tiada terkandung dalam Al-Quran dan Hadis. 

Rasulullah pernah berkata peganglah Al-Quran dan Hadis, nescaya kita tak akan sesat selagi kita memegang dua perkara tu. So jangan nak percaya benda lain pula, boleh rosak akidah. Berbalik kepada Siti Qhonturah, Nabi Ibrahim adalah pengembara berseorangan tak silap aku. Dan dia berkahwin dengan Siti Qhonturah di Kompuchea tak silap aku. Siti Qhonturah tak silap aku berketurunan dari Nabi Nuh. Dan keturunan Siti Qhonturah ni berpecah belah lah menjadi beberapa keturunan iaitu Indonesia, Malayu, Jawa dan Negara Asia yang lain yang aku lupa huhu maaf. 

So, dokumen tu dimusnahkan oleh orang Kristian sebab mereka tak boleh menerimanya. Persoalan seterusnya, jika Nabi isa tidak dilahirkan pada 25 Disember tersebut, lalu apa sebenarnya yang terjadi pada tarikh tu? Inilah sejarah dia yang sebenar. Masa pemerintahan King Caesar di Rom dulu masyarakat pada waktu tu terlalu banyak fahaman. So orang-orang Rom ni pun berbincanglah bagaimanan nak satukan kesemua kaum jadi satu fahaman. 

Jadi, setelah lamanya berbincang ada seorang laki ni aku lupa nama dia. Dia mencadangkan supaya penduduk Rom bersatu dengan agama yang sama iaitu agama Kristian. Dalam penyatuan inilah tertimbulnya khilaf bahawa adakah Nabi isa itu Son of God atau Messenger of God. Jadi, mereka bincang punya bincang lagi sampailah mereka bersepakat membuat undian. Mereka pun membuat undian dalam 300 orang paderi ketika itu. Maka undian itu menghala kepada Son of God walaupun ada yang menyatakan bahawa Nabi Isa itu adalah Messenger of God. 

Namun, apabila perkara itu  sampai ke masyarakat yang menyembah dewa matahari pula lain jadinya. Selepas King Caesar mengumumkan bahawa Nabi Isa itu adalah Son of God, tertimbul kesalahfahaman antara penyembah dewa matahari. Penyembah Dewa matahari menyangkakan bahawa apabila King Caesar menyatakan Son of God itu bermaksud anak kepada Dewa Matahari. Jadi mereka membuat kesimpulan bahawa bapa Nabi Isa adalah Dewa Matahari. 

Maka, terciptalah sejarah 25 disember di mana 25 disember adalah hari terciptanya fahaman baru bahawa Jesus adalah anak kepada Dewa Matahari. Sebab tu kalau korang perasan nama hari pada Bahasa inggeris ada perkataan ‘Day’. Monday, Tuesday, Wednesday dan sebagainya. Day merujuk kepada siang iaitu matahari. Lagi satu kalau perasan dekat tugu patung Statue of Liberty di atas kepalany ada semacam benda tajam bercabang. Itulah matahari. Maka patung tersembut dilambangkan sebagai Mariam iaitu Dewa Matahari tak silap aku lah aku dengar wallahualam.

Selasa, 13 September 2016

Pengalaman Jadi Cikgu

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada umat yang beragama Islam, dan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada yang bukan Islam, moga cuti seminggu ni kita mampu manfaatkannya dengan aktiviti yang berfaedah. At least duduk kat rumah pun dah okay daripada keluar tanpa arah tujuan... Tak salah keluar, tapi tujuan tu mesti Allah redha.

Masa hari Jom Ke KV sebelum cuti tu kitorang ditugaskan untuk bagi presentation dekat pelajar sekolah! Bayangkan kitorang kene present, present dekat pelajar sekolah pula tu, pelajar sekolah pulak bukan sorang dua, tapi ramai! perrhhh rasa memang macam nak lari keluar je... Bukan tak tahu, tapi yelah, kena tunjuk muka dekat semua orang, orang luar pulak tu, lect pun inform sehari sebelum tu, memang kitorang satu course ni kena buat present on the spot! Secara spontan! Tanpa Skrip!

Khamis, 8 September 2016

Haiwan Peliharaan yang Sesuai Dibela Di Asrama

Assalamualaikum :D

Buat masa ni aku tak boleh nak aktif sikitlah dalam laman sosial disebabkan phone ada masalah sikit. huhuhu... In shaa Allah aku akan aktif semula pada akhir tahun nanti, lamanyaaaaa T,T

Jadi dekat asrama ni aku rasa sunyi dan bosanlah tak tau nak buat apa, kalau nak ajak borak pun dengan siapa? Aku ni jenis bukan yang pandai cerita ataupun boleh dibawa borak. Aku ni jenis yang tak lancar dalam berbicara dengan kata lain aku ni gagap ataupun jenis yang cakap laju. Aku pun tak tahu sejak bila penyakit ni datang padahal dulu tak macamni pun.

Orang kata janis yang cakap laju ni personalitinya suka simpan rahsia, suka menipu dan kurang keyakinan diri. hmm.. rasanya dah tahu kot dari mana datangnya 'habit' tu. So back to the point, bila aku rasa sunyi dan bosan tak tahu nak buat apa aku rasa aku perlukan teman tapi bukan manusia sebab manusia layan phone 24 jam je mana selalu nak layan aku.

So, aku ambil keputusan nak bela haiwan kat asrama, bukan asrama bagi, tapi disebabkan aku ni dah senior so pihak asrama tak pantau kitorang sangat kot. Kalau ada spotcheck ke apa ke warden bukan cek kat blok akupun hehe...

Dah berapa minggu dah aku research nak bela haiwan apa yang senang nak dibela di asrama. Banyak risiko, tapi bagi orang yang takde handphone macam aku ni rasanya tak sangat kot lalalaaa....

Sabtu, 3 September 2016

Taubat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah atas segala apa yang terjadi, sesuatu yang terjadi sememangnya ada hikmah yang tersendiri. Walaupun kita tak nampak, tapi mungkin hikmah itu dilihat oleh orang lain.

"La yukalifullah hu nafsan, illa hus aha,"
Allah tidak menguji seseorang hamba itu melainkan dia mampu menghadapinya

Kadangkala apa yang terjadi pada kita, kita sering mengeluh dan berputus asa. Sokay kalau nak mengeluh sebab penat, tapi jangan berputus asa dan menyalahkan takdir. Penat itu lumrah, tapi berputus asa itu pilihan kita. Berehat dan tenangkan fikiran dulu, bila semangat dah kembali  maka teruskan!

*mukadimmah untuk diri sendiri
*********************************************************************************

Sabtu, 30 Julai 2016

Raya

Assalamualaikum,

Dah lama tak buat blog, sebab jadual yang padat dengan assingment, tugasan yang diberikan oleh pensyarah... Nak buat macam mana, untuk masa depan sendiri juga, walaupun duduk kat 'institut' ni macam takde masa depan je, tapi rezeki itu luas...Bukan dengan belajar je kita dapat jalan kita...macam addmath, mana masuk pun dalam kerja kita suatu hari nanti... Melainkan engineer, aku pun tak tahu apa function subjek tu -..-

Sabtu, 2 Julai 2016

Fadhilat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!

Pertama sekali entry ni dibuat pada 10 malam terakhir Ramadhan, so sempat tak kalau aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan lagi? hehe Sebab aku Magic Sim ada buat langganan baru burung hantu 5 ringgit 30 hari, Tu yang aku cuba ni, nak guna sim yang bill masaklah aku quota cuma 3.00GB aje... Nampak banyak padahal kalau tengok video dah boleh habis dah...

Jadi, pada malam 10 terakhir Ramkadhan ni korang fikirlah sendiri apa yang korang dah buat, kalau rasa korang banyak amalan, tambahkan lagi, kalau rasa menyesal takpe ada masa lagi...tu pun kalau korang baca entry esok lah~ aku tak berani jamin...

Jadi apa dia antara fadhilat Ramadhan yang boleh kita dapat selain daripada menahan lapar dan dahaga? Aku ada dengar satu tazkirah kat satu masjid ni dia kata dalam Bulan Ramadhan ni, ada lima benda yang bulan Ramadhan ada tapi bulan lain tiada...

Khamis, 16 Jun 2016

Himpunan Ilmu

Assalamualaikum!

Hai semuaaa.... Kali ni aku nak copy paste semua ilmu yang aku ada masukkan dalam wechat sebab dulu aku tak buat pun Blogger, boleh dikatakan aku masih baru lagi lah dalam dunia Blogger ni. Ini pun sebab kawan aku Aho yang suggest kan. Okay ini antara ilmu yang aku masih ingat dan up moment.

Rabu, 15 Jun 2016

Solat

Assalamualaikum :D



Entry ini ditulis semasa bulan Ramadhan 1347 Hijrah. So, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat sekalian! Jadikanlah Bulan ini sebagai bulan perubahan kita untuk menjadikan diri kita lebih baik! Banyak manfaat yang terdapat boleh kita dapat dalam Bulan yang mulia ni. Paling kurang pun yang kita tau bulan ni pintu neraka ditutup rapat. Dan pahala fardhu digandakan 70 dan pahala sunat digandakan sama dengan amalan fardhu.

Isnin, 13 Jun 2016

Sabtu, 4 Jun 2016

Naruto

Assalamualaikum,

Setiap orang mesti ada impian sendirikan? ada role model sendiri, ada rival sendiri, ada inspirasi sendirikan? sebab seseorang kalau nak berjaya, nak capai apa yang diimpikan mestilah ada seseorang yang patut dia contohi

Jumaat, 3 Jun 2016

Cara nak jaga Ikhtilat


Assalamualaikum!

Dalam entry lepas aku dah bagi penerangan apa dia itu ikhtilat. Tapi mesti ramai yang cakap nak jaga ikhtilat tu susah.

Ahad, 22 Mei 2016

Kisah #1

Assalamualaikum,
Al kisahnya begini,
tidak tahulah bila kejadian ini berlaku,.tidak tahulah juga siapa yang mencipta kisah ini,
tapi kisah ini aku khaskan untuk korang supaya boleh diambil iktibar serta pengajaran...

Khamis, 28 April 2016

Selasa, 26 April 2016

Janggut

uitt!
Assalamualaikum!
yesss, entry kalini aku nak citer pasal janggut...

Khamis, 14 April 2016

Macam mana solat boleh wujud?

Assalamualaikum,
ditulis entry ini pada hari jumaat yang penuh barakah ^^,

Catatan #2

Assalamualaikum,
huih adasatu hari tu, aku tak tahu bila dah lupa... aku solat kat saf bahagian tengah...

Selasa, 12 April 2016

Puisi #2

Cahaya,
di dalam cermin,
memukau hingga memaksa,
ku cari ke dasar diri,
cintaku yang hilang,

Rupanya,
ku salah sangka,
kasihku tak pernah sepi,
kerana terlalu hampir,
ku leka hadir-Mu,

Sentiasa disisi ku,
merestui ambisi ku,
lantas ku takkan berubah,
berganjak dari jalan ku,

Selagi bumi berputar,
iman ku takkan berpudar,

*actually ni lirik lagu hehe... :3

Isnin, 11 April 2016

Ahad, 10 April 2016

Cara nak berubah

Assalamualaikum,
well, seperti yang dirujuk pada tajuk besar enn...
bagaimana kita nak berubah?

Sabtu, 9 April 2016

Tarbiah Sentap

Tarbiah Sentap
Assalamualaikum ya ahlal surga in shaa Allah :D
korang mesti tertanya-tanya kan kenapa kalini entry bertajuk Tarbiah Sentap?

Berubah,Tarbiah,Hijrah,Henshin

Bismillah...
Assalamualaikum...
Berubah, tarbiah, hijrah, henshin..

Jumaat, 8 April 2016

Puisi #1

Dikala keheningan ketika ini,
aku terfikir,
kemana hendak kucari,
mencari ketenangan,
tetapi bukan hiburan duniawi,
ianya hiburan syurgawi,

Dimana ianya ketenangan,
yang lain caranya,
yang lain feeling nya,
yang tenang tahap infinite nya,
kepada Pencipta,

Dimana semua makhluk beribadat kepada-Nya,
dimana semua makhluk bertasbih memuji-Nya,
dimana semua makhluk berzikir sepanjang masa,

Dimana tempatnya putih suci,
kawasan yang tenang,
cahaya keimanan terang benderang,
zikir dan puji-pujian tidak henti-henti,

ahh... tenang jika berada di sana,
di tempat malaikat menghuni mungkin,
atau ku kira di syurga dengan yakin,
tapi aku tahu aku hanya hamba,
mana mungkin tempat itu layak seperti ku,

Justeru di mana tempat ku,
kucari dan terus mencari,
hingga ku jumpa syurga yang kucari,
walaupun bukan syurga sebenar,
tapi ku syukur benar,
itulah tempat persinggahan sementara syurga,
itulah tempat ketenangan sementara,

Dimana?
di masjid surau,
yang dulunya tidak ku hirau,

Alhamdulillah,
Penciptaku telah memberikan apa yang aku inginkan,
Penciptaku telah memberi hidayah pada ku,

Ya Allah,
kekalkanlah aku dijalan Mu,
jalan yang sentiasa lurus terpesong tiada,
jalan yang penuh nikmat yang Engkau redhai,
dan bukannya jalan yang Engkau murkai,
dan jalan-jalan yang sesat,

*maaf sekadar mencuba membuat puisi, tak terrer macam korang haha :)

Lolipop Dunia

Permulaan
Assalamualaikum,
Bismillah,
itulah satu permulaan dalam satu ucapan,