Halaman

Rabu, 15 Jun 2016

Solat

Assalamualaikum :D



Entry ini ditulis semasa bulan Ramadhan 1347 Hijrah. So, aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat sekalian! Jadikanlah Bulan ini sebagai bulan perubahan kita untuk menjadikan diri kita lebih baik! Banyak manfaat yang terdapat boleh kita dapat dalam Bulan yang mulia ni. Paling kurang pun yang kita tau bulan ni pintu neraka ditutup rapat. Dan pahala fardhu digandakan 70 dan pahala sunat digandakan sama dengan amalan fardhu.


Tapi dalam kita mengumpul pahala yang banyak dalam bulan mulia ni, masih ramai yang lupa apa yang lagi penting dan wajib daripada berpuasa menahan diri dari makan dan minum dan perbuatan yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari.Iaitu...

Solat,

Aku pun tak tahu apa yang susahnya nak solat daripada berpuasa sedangkan solat tak payah nak tahan apa-apa, terus buat je. Dah malas sangat baca surah pendek pun cukupla tak payah nak panjang-panjang. Bukan kena tahan makan minum sampai ke malam pun.

Pernah dengar tak akan ada seorang yang penat berpuasa sepanjang hari, buat amalan baik banyak-banyak tapi semua tu hanya sia-sia? Tahu tak siapa? tahu tak siapa antara mereka?

Mereka adalah antara yang tak menunaikan solat. Tahu tak kenapa sia-sia kalau puasa tapi tak solat? Sebab solat tu adalah pembuka rahmat dan permulaan segala amalan, So, kalau permulaan pun tak buat macam mana nak dapat yang lain-lainnya?

Nak tahu lagi tak? Kalau kita tak solat, serta merta kita boleh jatuh kafir!

Apa rukun puasa?

Niat dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari,

habis kalau tertinggal satu rukun? Batal la puasa kan?

Rukun solat ada berapa?

ada 13

kalau tertinggal satu?

batalah solat kita kan?

apa rukun Islam?

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2.Solat
3.Berpuasa
4.Zakat
5.Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Jadi kalau tinggal solat?

BATAL LAH ISLAM KITA!

pernah kita fikir tak? sedar tak? mesti perit bagi mereka yang beriman dan mempunyai hati yang hidup. Mana tak nya dah berapa lama kita tinggal solat? Berapa banyak amalan kita dah buat? Tak takut ke kalau amalan tu semua Allah tak terima? Takut duhh..

Allahu...

Kat Neraka ada port khas untuk orang Islam sahaja, orang Islam yang tak menunaikan solat fardhu! Ada... Jadi hati-hatilah ye kengkawan...Dah berapa banyak kali kita tinggal solat? dah berapa lama kita tak solat? 15? 16? 18? ya Allah ampunkanlah kami...

Lagi satu Solat yang ditinggalkan wajib di qada kan sama ada ter ataupun tidak. So. dah berapa lama kita tak solat? kalau 18 tahun? 2 + 4 + 4 + 3 + 4 = 17 x 365hari x 18 tahun? banyak lah gilaaaa!

Takpe, Kalau nak berubah semua benda boleh...Aku ada dua cara yang aku dengar dari lain pendapat so, terpulanglah kat korang nak pilih yang mana yang korang fikir mudah dan faham ikut cara korang.

Pertama

Tertinggal solat itu umpama hutang kita pada Allah, dan hutang wajib dilangsaikan...Lagi-lagi nak langsaikan hutang dengan Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, wajib...

Cara pertama macam ni, kita solat qada lepas solat fardhu, contohnya kita Solat fardhu subuh, lepas habis tu kita terus qada balik solat subuh yang dah lama kita tinggalkan tu. Sama jugak macam zohor asar and so on, nampak macam payah tapi cuba kita kira kalau kita qada pada sehari, dah langsai lima solat kita dengan Allah kalau kita istiqamah dalam setahun, setahun solat yang kita tinggal tu dah langsai dengan Allah so terpulanglah

Kedua

Tertinggal solat itu umpama hutang kita pada Allah, dan hutang wajib dilangsaikan...Lagi-lagi nak langsaikan hutang dengan Allah S.W.T Tuhan sekalian alam, wajib...

tapi hutang juga boleh mintak dihalalkan, dan dimaafkan.

Jadi, kita qada je solat kita selagi mana kita mampu tapi pada masa yang sama kita kena taubat Nasuha sebab dah banyak sangat dosa kita yang kita sedar ataupun tak. Islam itu mudah tapi jangan dipermuahkan.

Jadi terpulanglah kat kita nak pilih yang mana sesuai dengan keyakinan, kefahaman dan kemampuan kita. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kalau kita benar-kebenaran insaf dan ingin kembali kepada Pencipta kita pasti Allah akan terima. Ingatlah, Setinggi langit mana pun dosa kita, Allah yang cipta langit tu, jadi apalah sangat dosa kita untuk Allah ampun kan? Allah kan Maha Berkuasa mengampun kan sesiapa yang Dia kehendaki :)

Pada waktu sekarang pun aku hairan kenapa masjid penuh dengan orang bila ada solat sunat je, terawih ke Solat Jumaat ke Hari Raya ke penuh je tapi solat fardhu berapa baris je...  Maybe penatlah kot atau malas ke kan solat kat rumah pun boleh. Tapi kena ingat ye kawan-kawan, Solat berjemaah pahalanya 27 dan Solat berseorangan hanya dapat 1, 1 tu pun belum tentu kita dapat, banyak mana lah khusyuk kita bila solat sengsorang? entah-entah pahala langsung tak dapat hanya melunaskan kewajipan je...kan dah rugi kat situ.

Solat berjemaah ni walaupun 27, kalau kita tak khusyuk ke apa ke pahala kita tetap akan kekal sebab diganti dengan khusyuk orang lain...aku dengarlah tak tahu sahih ke tak huhu sorry tapi bila soplat berjemaah semua pahala solat jemaah tu dihimpunkan dan dibahagi sama rata kemudian ditambah dengan rahmat...Tak rugi langsung!

So. up to us lah kita nak pilih mana kuasa ditangan kita jadi luaskan! hehe... Tapi kepada mereka yang baru nak mula tu jangan risau, buat slow-slow dulu tak payah nak tergesa gesa, sesungguhnya Allah memandang amalan kita walaupun hanya sebesar subatom!

Entry ni paling penting dan aku harap korang bacalah terutama sekali kepada orang yang aku kenal dan aku sayang, nak masuk syurga sama-sama kan? Bukan apa aku dah pernah tegur orang yang tak solat ni tapi balasannya aku pulak kena marah dan dimaki sebab katanya aku ni mengungkit dan menunjuk :( start dari tu aku terus takut nak tegur orang sebab takut aku menjadi asbab mereka jauh dari agama asal mereka hmm....ya Allah kuatkanlah kami

Fihizfillah!

Assalamualaikum :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan