Halaman

Jumaat, 3 Jun 2016

Cara nak jaga Ikhtilat


Assalamualaikum!

Dalam entry lepas aku dah bagi penerangan apa dia itu ikhtilat. Tapi mesti ramai yang cakap nak jaga ikhtilat tu susah.
Sokay, memang ikhtilat ni susah nak jaga lagi-lagi golongan remaja macam kita ni. Dah tu ada lagi yang memang suka kawan dengan perempuan. Katanya ada feel, best, ada semangat sikit kalau nak belajar, macam-macam lagilah alasan. Sebenarnya tak susah kalau kita tengok dari pangkal pokok dia. Cuma kalau kita dalami je yang susah. Macam pasal syarat ikhtilat harus kalau ada hajat dan darurat je.

Sebenarnya senang nak jaga, kita cuma perlu pegang ayat ni je

"Cakap bila ada perkara penting je, kalau tiada diam"

Senangkan? dalam Islam pun ada kata kalau takde benda nak cakap lebih baik diam daripada berkata kosong yang tiada manfaat kerana itu semua sia-sia. Kalau ada benda penting cakaplah dengan perempuan. Kalau adalah, kalau ada laki benda penting tu boleh je refer kat laki. Kalau ada benda nak cerita, cerita jela kat membe laki apa susah? Kita je yang rasa benda tu susah. Padahal mudah je~

Lagi satu, ada juga yang cakap,

"kalau cakap dengan perempuan ni best sikit, dia banyak paham daripada laki,"

"Belajar dengan perempuan ni senang sikit, sebab perempuan ramai faham, dan kita ni laki pun bersemangat sikit bila ada perempuan ni,"

Weh, tahu tak apa yang kita rasa tu? Tahu tak kenapa kita semangat bila ada perempuan? tahu tak kenapa?

atau...

Tahu tak tu siapa?

Itulah Nafsu, ya Nafsu.. benda yang kita rasa semangat, best tulah Nafsu. Lupakah kita yang syaitan itu licik? Perasan tak kita? Mesti hati kita rasa lain macam kan bila bercakap dengan perempuan? rasa macam best je..itulah Nafsu. Kita sepatutnya boleh detect bila dapat rasa macam tu.. Bila kita rasa hati kita lain macam je bila dengan perempuan, rasa berbunga, itu sebenarnya adalah Nafsu dan disuntik racun oleh syaitan tanpa kita sedar. Sebab Syaitan itu licik.

Tak payah nak nafikanlah, sebab Aku pun dulu macam tu juga...Rasa lain macam bila dengan perempuan. Dan aku dah cuba jaga sampai sekarang. Well, aku masih hidup seperti normal~

Ada juga nak berikhtilat atas alasan berukwah,

"Apa salahnya kita berukhwah fillah till Jannah birahmatikaya arhaman rahimin,?"

Macam ni, ukhwah yang sebenar adalah ukhwah yang mencegah kemungkaran dan dengan sesuatu ukhwah Islam dapat bangkit, sekarang? ukhwah yang kita bina ni mampukah membangkitkan Islam? Dan ukhwah yang kita bina ini mampukah mencegah kita dari kemungkaran? Sedangkan Ikhtilat adalah kemungkaran kenapa Ukhwah berasaskan Lelaki dan Perempuan tak mencegahnya? Sebab tu di akhirat nanti akan ada sahabat yang rapat saling bermusuhan. Moga dijauhkan kita dari golongan itu. Ukhwah yang sebenar diantara lelaki dan perempuan adalah dengan mencegah kemungkaran yakni mencegah ikhtilat.

Dulu, masa aku tak jaga ikhtilat....kawan perempuan aku pernah bagitau dekat akhirat nanti sahabat yang masuk ke syurga akan sanggup kembali ke neraka semata-mata hanya untuk menarik mereka masuk ke syurga, aku tanya dia habis kalau kawan lelaki perempuan tu cemana? Dia jawab

"entah, tak tahu....rasanya boleh kot..".

itu je jawapan dia? Dengan penuh selambanya confident gila cakap tak tahu lepas tu buat decision sendiri je? kalau kawan biasa okaylah sebab dia jahil atau macam biasa...Tapi ni dari yang bertudung labuh tu sendiri! Boleh kata kuat agama dia tapi disebabkan dia tak boleh terima kebenaran dia memanipulasi hukum hakam sesuka hati! Aku pun tak paham boleh pula buat hukum sendiri kata boleh je semudah itu... Kalau nak kata dia tak tahu mustahil lah sebab dia dah tahu tapi still perangai yang sama....sakit hati betul satu sebab salah, dua sebab dia tipu aku...

Back to the point

"Habistu kalau ada kawan berlainan jantina kita yang kesusahan, takkan nak biarkan je? hanya sebab ikhtilat kita tak boleh bantu kawan perempuan kita? macam tu?"

Kan dah kata tadi, Kalau ada benda penting, hajat, darurat, tolonglah... Apa masalahnya? boleh je tolong.

Checkmate!

Ada juga daripada golongan uztaz google, yang cakap ikhtilat ut harus blablabla....sebab kalau tak boleh macam mana nak bantu blablabla....

Aku dah jumpa orang camni, penat aku cakap. Tapi tulah Allah yang bagi hidayah bukan aku. So, terima jelah. Moga dia dan kita diberikan hidayah.

Kalau macam tu, baiklah... mazhab mana dia guna untuk menyatakan Ikhtilat harus? sebab sekarang ni kita telah memegang keempat-empat mazhab. Keempat-empat mazhab telah bersepakat menyatakan bahawa ikhtilat itu haram. Jadi, dia pilih mazhab mana?

Checkmate!

Ada juga yang tanya kalau ikhtilat kena jaga macam mana nak kahwin? macam mana nak kenal seseorang?

Sebab tu dalam Islam ada merisik, tunang lepas tu baru kahwin... Mana ada Islam letak kahwin terus. Time dah brkenan tu hantarlah orang tengah merisik dia dah berpunya ke belum ke pastu tanyalah dia dah bersedia mendirikan rumah tangga bagai.. Kalau dia kata ye, tunanglah apa lagi, masa tunanglah kita boleh kenal antara satu sama lain. Bila dah tunang tu jumpalah tapi pastikan ada orang ketiga. Tapi berjmpa pun kena ada sebab kalau nak bergurau senda pun tak boleh juga. Nak tahu hati budi dia pulak guna orang tengah tu lagi. Bila guna orang tengah tu nak tanya puas-puas tanya lah tak salah. Kalau nak jumpa pastikan hal yang penting pasal kahwin ke tarikh ke wedding bagailah tu tanya lah...Takdelah susah kan? cuma leceh...Tapi yelah mana ada benda dala,m dunia ni nak senang je. Kena lah ada susah-susah sikit.

Sebab apa kena jaga? sebab nanti nikmat dia berlipat kali ganda, bayangkanlah tak pernah bercakap, bergurau senda, tak pernah bertentang mata dan tak pernah berdua-duaan. Bayangkanlah apa jadi bila dah nikah tu. Mesti dupdapdupdap dia gila laju nak pergi mana pun tak tahu sebab iman tu kuat. Rasa malu semua ada tu lah yang best. Cuba bayangkan kalau setiap hari bersama, yang tinggal nanti hanya apa? Jemu jelah jawabnya. Cinta lepas kahwin ni Allah redha, sebab tu rasa dia lebih lama sikit berbanding yang dah lama bersama.

Yang last sekali, ada yang dah berpunya, dah ada yang suka sama suka. Seriously, ini aku :3

Nak tanya,mesti bestkan kalau cinta kita berbalas kan? Suka sama suka, heee...lagi-lagi bila kita tahu dulu yang dia suka kita... kehkeh... Sebab laki ni slow sikit, cakaplah apa-apa pun kalau kita cakap just kawan laki tu pun akan percaya yang selamanya kawan. Dalam kes aku nasib baik aku guna lovecalculator Tak disangka pula itu rupanya jerangkap tanpa sedar last-last kena kita balik :3
hahahaha kantoi busuk! Lain kali kalau suka cakap jela suka! susah betull -,- tapi yelah aturan Allah semua cantik cantik, dah Dia bagi dia. Kalaullah...tak...tanak kalau... dah Allah jadikan dia terbaik untuk aku, aku terima. Lagipun aku pernah up moment wechat lepas aku dah tahu ikhtilat tu apa aku terus cakap yang aku tanak chat mamana lagi perempuan lah apa lah sampai sekarang. Sebenarnya aku tak maksudkan dia pun dan aku tanak dia baca moment tu sebab tanak kehilangan dialah katakan :P

Tapi dah takdir Allah, dia pun gatal bagus sangat stalk, bab ni aku paling bersyukur sebab dia paham. Kalau dia end up salah faham dia fikir aku tanak cakap dengan dia lagi, pastu dia cari lain nangis aku xD sejak tu dia baru tahu pasal ikhtilat. fuhhhh nasib baik. Well, dah Allah aturkan. Jadi walaupun sakit sebab dah tak banyak chat dengan dia, dah rengang sikit walau hati tetap rapat xP dan dah jarang nak gurau dengan dia, tapi dia tetap dengan aku dan aku harap benda ni kekal macam ni sampai ke akhir. Jaga ikhtilat sampai kahwin wuuu..kahkah xD

Apa yang nak disampaikan dalam kes ni, kalau dah tahu ikhtilat tu apa, try la cakap kat pasangan masing-masing pula apa itu ikhtilat. In shaa Allah dia faham. Sebab Ikhtilat dia menjaga pergaulan kita dengan orang lain. Ikhtilat mengajar kita untuk jadi lebih setia! kita jaga ikhtilat kita dengan semua orang, begitu juga dengan pasangan kita kalau dia dah tahu pasal ikhtilat. So, masing-masing boleh jaga hati antara satu sama lain. Yang tinggal hanyalah kepercayaan dan doa.

Ya, bila dah dapat dia kita kena sedar dia Allah punya, hati ini milik Allah. tak selamanya dia boleh jadi milik kita. hati ini boleh berbolak-balik. Jadi tinggalkanlah dia, lupakan kalau boleh untuk masa sekarang ni. Sekarang ni lupakan sekejap pasal dia, jaga pulak hubungan kita dengan Allah. bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga apa yang kita nak. Jadi, sampai situ dah tak payah risau. Jangan nak overthingking sangat takut dia berubah hati ke apa ke sebab overthingking ni mainan syaitan. Biar apa jadi itu semua urusan Allah, Allah aturkan, tak payah nak risau dia tinggalkan kita ke apa, kalau dia pun dah tahu pasal ikhtilat takkan dia nak ingkar perintah Allah pula.

Tapi dalam kes kalau dia tinggalkan kita jugak ada sebab. Mungkin satu kita terlampau jauh dengan Allah, kita asyik fikir pasal dia je sampai perintah Allah kita lupa. Part ni aku mengaku aku paling takut, part dimana aku terlalu sibuk memikirkan dia sampai aku pulak lupa Allah, dan sebagai balasan Allah ambil balik apa yang dia dah bagi kat kita. Yang keduanya, mungkin Allah nak bagi kita lebih baik dari dulu. Ini juga dah jadi kat aku time dengan orang lain sebelum dia dulu. Aku doa kalau dia yang terbaik untuk aku tetapkan kalau tak tinggalkan. Ambik kau Allah makbulkan permintaan aku nampaknya dia bukan terbaik untuk aku. Harap tudung labuh tapi hampeh pergaulan langsung tak jaga.

Jadi kalini aku tanak doa kalau, aku nak doa jadikan dia yang terbaik untuk aku dan tetapkan hati kami dan jangan pula dengan asbab ini kami lalai pada-Mu ya Allah kerana kami tahu Engkau adalah pemberi rahmat jadi kekal kan hati kami supaya kekal disisi-Mu dikala kami susah dan senang :')

Senang cerita dah dapat dia, berpisah dengan dia, lupakan dia sekejap dan kembali semula pada Allah. Seperti juga kejayaan, setiap kejayaan kita kena kembali pada-Nya dan setiap musibah juga kita kena kembali juga kepada-Nya.

Diharapkan entry ni dapat memberi manfaat kepada kita semua, dan selamat mencuba! Harap apa yang aku sampaikan ni dah jelas, terang lagi bersuluh! Allah yutfah Alaikum! ;D

Assalamualaikum!

4 ulasan:

  1. SENTAP.SBB SAYA TELAH LAMA MELAKUKAN DOSA INI DAN SEKARANG SY SUDAH BERTAUBAT

    BalasPadam
  2. InshaaAllah tengah berusaha untuk menjaga dan melawan nafsu hm😔

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam