Assalamualaikum,
Alhamdulillah atas segala apa yang terjadi, sesuatu yang terjadi sememangnya ada hikmah yang tersendiri. Walaupun kita tak nampak, tapi mungkin hikmah itu dilihat oleh orang lain.
"La yukalifullah hu nafsan, illa hus aha,"
Allah tidak menguji seseorang hamba itu melainkan dia mampu menghadapinya
Kadangkala apa yang terjadi pada kita, kita sering mengeluh dan berputus asa. Sokay kalau nak mengeluh sebab penat, tapi jangan berputus asa dan menyalahkan takdir. Penat itu lumrah, tapi berputus asa itu pilihan kita. Berehat dan tenangkan fikiran dulu, bila semangat dah kembali maka teruskan!
*mukadimmah untuk diri sendiri
*********************************************************************************
Aku ni nak kata dikelilingi dengan rakan-rakan yang alim, baik ni tak juga. Depends kepada tempat yang kita diami sekarang nilah. Ada orang di dikelilingi orang yang baik-baik, Ada orang dikelilingi dengan segolongan yang orang melayu kata takde masa depan. Dan depends kepada seseorang tu jugaklah mempunyai hati yang tersendiri, Umpama simbol Yin dan Yang.
Yin dan Yang seperti yang kita tahu mempunyai dua warna iaitu hitam dan putih, dan dalam hitam itu ada putihnya dan dalam putih ada hitamnya. Begitu jugalah kita yang sedang mendiami tempat kita sekarang ni. Dalam kalangan orang yang baik, mesti ada sesorang dua yang berniat sebaliknya, dan dalam kalangan orang yang digelar jahat mesti ada yang baik (ingin berubah dalam bahasa mudah)
Jadi budaya sekolah atau asrama aku ni bukanlah kaki surau 24 jam, adalah budaya tersendiri yang tak perlu kita ketahui. Jadi aku dapat selami serba sedikit tentang mereka-mereka yang orang panggil takde masa depanlah, jahat lah dan segala lontaran yang seumpama mereka tiada peluang lagi untuk kembali ke jalan yang telah diberi nikmat oleh-Nya.
Bila ditanya tanak ke berubah? atau tak terasa ke nak kembali kepada Pencipta? walhal kalau aku nak selami situasi dorang pun, dorang dengan confident nya cakap kat aku;
"kau tak payahlah jadi macam kitorang, kau tu kecik lagi tak tau apa-apa... Kitorang ni memang dah jadi macam ni dah tak boleh buat apa-apa dah. kalau kitorang taubat pun Dia terima ke?"
hmm... Dorang cakap memang level confident pada tahap yang tinggi gila. Macam memang betul dah Allah langsung dah tak pandang mereka, macam memang dah siap-siap tunggu nak kena campak neraka je... set-set berserah diri lah citernye... Kalau dilihat pada kesemua kes ni memang boleh salahkan "mulut-mulut Tuhan" yang suka menghukum mereka macam tuje sampai mereka sendiri termakan dan end up termasuklah mereka dalam golongan hamba yang "berserah diri"
Geng, kenapa fikir macam tu? kenapa confident sangat kalau taubat Allah tak terima? macam mana boleh tahu Allah tak terima padahal rezeki yang turun pun kita tak boleh nampak inikan lagi keampunan Allah, ingat boleh nampak? Kenapa nak ikut cakap orang yang sama macam kita tak tahu rezeki datang bila nak mati pun tak tahu tarikh bila....
Nak tahu tak orang mana yang Allah tak terima taubat dia? Orang yang Allah tak terima taubat dia adalah orang yang takbur, sombong dan bongkak. Kenapa Allah tak terima taubat dia? Sebab dia sendiri yang sombong, takbur dan bongkak tanak datang mintak ampun kat Allah macam mana Allah nak ampunkan dorang? Sebab tu Rabiatul Addawiyah pernah berkata;
" Apabila Allah ingin ampunkan kau, maka kau akan bertaubat"
Korang.... lupakah kita bahawa Allah itu Maha Pengampun? Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? tak perlu kita fikir atau bayangkan macam mana kasih sayang Allah kat kita. Memang tak boleh difikir dek akal! Cinta Allah pada hambanya 70 kali ganda lebih dari ibu kita sendiri! Justeru kenapa kau fikir Allah tanak ampunkan kau?
Tak perlu cari tanda kasih sayang Allah pada kita, cukup kita sedar bahawa setiap saat ni, setiap nafas yang kita sedut, setiap perkataan yang kita baca ni datangnya daripada kasih sayang Allah! rezeki tu bukan hanya terletak pada wang mahupun harta, tetapi segenap apa yang kita rasakan ini adalah datang daripada Dia!
Jadi bertaubatlah... tak kira bagaimanapun, walau setakat kita menyesali perbuatan kita dan rasa ingin kembali kepada-Nya itu juga adalah taubat! Nak lebih formal buatlah solat sunat Taubat. In shaa Allah dengan kita sebagai umat kesayangan Allah dan Rasul, Allah pasti mengampuni kita!
Atau kita merasa kita ini pendosa? Korang... bukan kita sorang sahaja pendosa, aku pendosa, kau pendosa, mereka pendosa kita semua pendosa! Manusia adalah pendosa dan tak akan lari dari kesilapan terutamanya dalam hal ni, kesilapan memilih antara yang hak dan yang batil. Manusia tetap akan melakukan kesilapan walau kita berhati-hati dan teliti mana sekalipun. Kalau kita tidak melakukan kesilapan maknanya kita bukan manusia, tapi malaikat.
Jadi, sebaik-baik pendosa adalah pendosa yang bertaubat. Walau banyak mana sekalipun kesilapan yang kita lakukan, dosa yang kita lakukan, 999 kali kita buat kesalahan yang sama, kalau kita taubat yang ke 1000 sekalipun Allah tetap maafkan! Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha disini tiada nilainya, tiada magnitudnya, dalam bahasa sains di istilahkan sebagai infinite, iaitu tak terkira Maha nya yang Besar! Allahuakhbar!
Alhamdulillah...
Maka bersyukurlah kita di atas kurniaan nikmat yang Allah beri. Sifat-Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pengurnia. Jikalau tidak Allah S.W.T, siapa lagi yang boleh memaafkan kita melainkan Dia!
"Ya Allah,
Kau lah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Hanya Engkaulah aku memohon,
Pada Engkaulah aku meminta,
Pada Engkaulah aku berserah,
Hanya Engkaulah Tuhan dan tiada siapa yang layak disembah melainkan Engkau Ya Allah,
Hanya Engkaulah yang mampu mengampunkan aku,
Tiada siapa yang dapat mengampunkan ku melainkan Engkau ya Allah,
Oleh itu ampunkanlah aku Ya Allah,
Ampunkanlah aku,
Ampunkan kawanku, sahabatku, ibu bapaku, saudaraku, atuk-nenekku, guruku dan seluruh umat Islam yang masih hidup ataupun yang telah pergi menemui-Mu,
Sesungguhnya Ya Allah, aku tidak layak ke syurga-Mu,
Namun aku tak sanggup ke Neraka-Mu Ya Allah,
Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku,
Ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar,"
Kita manusia akan tetap melakukan dosa sepanjang masa, Jadi taubat bukanlah sekali, tetapi usahakanlah kerana setiap taubat kita akan membersihkan hati kita. Setiap kali kita taubat, maka Allah akan ampunkan kita. Umpama menyucikan diri kita dari dosa kita. Kalau boleh, jadikanlah solat sunat taubat sebagai rutin harian kita tidak kiralah samada lepas solat, pagi, petang, malam atau pada masa yang lapang solatlah. Jadikan solat sunat taubat sebagai rutin harian kita supaya diri kita bebas dari dosa. Tapi tak bermakna kita boleh teruskan maksiat yang kita lakukan... Taubatlah dan usaha untuk hentikan. Kerana seorang hamba yang berjalan di jalan Allah, Allah akan membantunya, dan setiap taubat hamba-Nya, Allah pasti terima. Janji Allah itu pasti (;
Moga apa yang aku sampaikan ni dapat menyedarkan diri kita yang selalu alpa dan leka dengan dunia. Tidak mengapa kerana kita manusia. Asalkan kita berusaha untuk kembali mencapai redha-Nya ;)
Assalamualaikum!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan