Halaman

Selasa, 13 September 2016

Pengalaman Jadi Cikgu

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada umat yang beragama Islam, dan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada yang bukan Islam, moga cuti seminggu ni kita mampu manfaatkannya dengan aktiviti yang berfaedah. At least duduk kat rumah pun dah okay daripada keluar tanpa arah tujuan... Tak salah keluar, tapi tujuan tu mesti Allah redha.

Masa hari Jom Ke KV sebelum cuti tu kitorang ditugaskan untuk bagi presentation dekat pelajar sekolah! Bayangkan kitorang kene present, present dekat pelajar sekolah pula tu, pelajar sekolah pulak bukan sorang dua, tapi ramai! perrhhh rasa memang macam nak lari keluar je... Bukan tak tahu, tapi yelah, kena tunjuk muka dekat semua orang, orang luar pulak tu, lect pun inform sehari sebelum tu, memang kitorang satu course ni kena buat present on the spot! Secara spontan! Tanpa Skrip!


Tapi tu bukan masalah aku~ Memang ability aku untuk cakap depan-depan secara spontan tanpa skrip tanpa ayat. So, takdelah masalah bagi aku, tapi cuma satu jelah masalah fizikal aku. Bayangkan pelajar sekolah lagi tinggi dari aku, so aku nak terangkan pun kenalah jengket-jengket, kena jengah-jengah gitu siap ada orang yang guide jalan untuk budak sekolah tu syorkan aku ambik kerusi..huhu

Cuma yang mengecewakan aku ialah attitude dorang, bayangkan aku tengah terangkan lepastu ada yang buat selamba, main phone, berbual, yang paling teruk siap boleh nganjing lagi. First-first aku present tu okay lagi tapi ada jugak masalah, bayangkan benda yang aku kena present ada kat belah kanan aku, tapi yang lakinya berdiri kat bahagian kiri aku, belakang pulak tu, yang perempuannya haaa diri kat bahagian kanan aku, depan aku! hahahahaha x'D I can't laaaaa malu duhhh...kalau aku nak pandang lelaki yang kat belakang tu mestilah kena jengket. Aku pun dengan terpaksa betulkan niat balik sebab nak ngajar dorang :3 kahkahkahkah! dah lah aku sorang pulak tu membe yang ada pun semua kat belakang tengok aku bukan nak tolong!

Tapi yang bagusnya sekolah pertama ni dia fokus, semua ambik perhatian... Memang senang kata kalau nak sambung kat sini memang aku alu-alukan sangat... Lupa aku nak bagitau ada dalam 10 lebih buah sekolah. So, makin lama yang datang ni makin naik darah... Semua dah buat tempat ni macam funfair, datang tengok semata-mata je. Bila aku tanya ada soalan tak dorang tanya benda karut, yang takde kene mengena dengan aircond! kalau nak buat lawak pasal aircond sokay at least dotang dengar dan tangkap jugaklah nama komponen-komponen yang aku cakap, Ini soalan merapu! Perempuannya okay je (tak ini bukan bodek, memang betul)tapi yang lelakinya ha...Ada orang yang sama guide dorang pon mengeluh kat aku ngadu yang dorang ni datang nak belajar ke nak main(orang yang guide tu membe se kv)

Aku ingat kitorang je fikir camtu, then membe se'course' aku citerla ada serombongan sekolah datang bengkel kimpal, lepas tu bila salah seorang budak kimpal explain kat dorang, dorang buat dek lah macam biasa. Sampai situ memang dah uji sangat tahap kesabaran orang yang explain tu, end up dia dah panas sangat sekali dia tengking kat budak-budak tu, kalau datang nak belajar, buat cara belajar kalau tak blah.

Bila dah habis semua tu aku macam biasa mulalah buat teknik imbas kembali, bila aku fikir balik bukan salah dorang jugak yang perangai tak cukup umur tu, sebab dorang memang budak sekolah, memang patutlah perangai dorang macam tu, belum matang. Lagi satu dorang nganjing ke apa tu actually kalau kita kat pihak dia pun kita anggap itu sebagai gurauan je, takde pun niat nak menganjing bagai. Takkanlah baru datang kv dah boleh terus anggap sekolah sendiri, senang kata dorang nak 'make a friend' dengan kita, saja nak bergurau nak eratkan hubungan, takde maksud pun nak menganjing bagai. Mungkin budaya sekolah dorang memang camtu, kita je salah tafsir.

Lagipun mana mungkin dorang boleh terus faham dengan apa yang kita ajar tu. Lagi-lagi kalau bukan course yang dorang minat. Mustahil kot kalau dorang boleh terus faham dengan apa yang kita ajar tu. Bukan lama pun dorang duduk situ 5 minit camtu je kot. kalau nak faham tu memang orang kata tak mudahlah melainkan dorang minat sesuatu course tu. Neither, aku dapat jugaklah pengalaman menjadi seorang cikgu ni, bukan mudah nak kawal berapa puluh anak murid tu memang boleh stress bagi yang tak mampu hadapi.

Adakalanya aku sendiri kagum dengan bekas sekolah aku. Bekas sekolah aku tu memang popular dari segi sukan dan populasinya yang mencecah ribuan murid, bayangkan kelas bekas sekolah aku tu mula dari huruf A sampai Z dan setiap kelas tu ada dalam lebih kurang 40 orang murid! Banyak kot, itu baru satu batch belum tambah lagi dengan batch lain! Macam manalah agaknya cikgu kat sana kawal en...rindu pulak tetiba hehe....

Okay itu sahaja pengalaman aku sebagai cikgu yang aku dapat kongsikan dalam entry ni!
Assalamualaikum~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan