Halaman

Ahad, 10 April 2016

Cara nak berubah

Assalamualaikum,
well, seperti yang dirujuk pada tajuk besar enn...
bagaimana kita nak berubah?

first step kita nak berubah dengan jauhi kawan sejahiliyah kita
macam mana nak jauhi kawan Jahiliyah kita dengan cara ninja (silent)...
Jauhi disini saya tak maksudkan awak tak kawan dia langsung... bukan bermaksud memutuskan silaturahim...bukan maksudnya haters dia, benci dia, bash dia...
bukan macam tu awakk...
Jauhi di sini saya maksudkan kepada kita yang nak berubah ni haa... bila kita nak berubah, kita ada keazaman untuk tanak buat maksiat lagi dahh...tapi, apabila kita dikelilingi oleh kawan kita yang jahil, kita akan mudah terpengaruh so seterusnya keazaman untuk berubah akan hilang begitu sahaja... huhu
"tapi saya tanak berubah sengsorang... nak jugak ajak dorang sebab saya sayang dorang :("
bagus lah macam tu, nak masuk syurga lagi ramai lagi meriah kann :)
tapi itu kemudianlah... kalau kita ajak dorang sekarang, dorang takkan senang dengan kita... malah, lagi dia pandang pelik kat kita...
maklumla tetiba je nak berubah kann...mimpi apa kann? (itu bukan mimpi, itu hidayah)
jadi kita kena ada step sebelum kita nak bagitahu atau dorang detect sendiri...
sebelum apa-apa kita kena tahu dulu hukum-hukum dulu supaya dapat hijrah dengan slow serta dalam keadaan silent..
1.Haram
2.Makruh (lagha)
3.Harus
4.Wajib
biasanya kawan-kawan zaman jahiliyah kita ni kebanyakkannya macam biasalah suka buat perkara yang haram dan lagha...tapi setiap manusia ada kebaikkan dia sendiri... itu gunanya husnudzon (bersangka baik) jadi ada 4 fasa yang kita kena lalui sebelum kita mencapai infiru tarbiah yang sempurnaaaa
Fasa Pertama
Fasa pertama kita mulakan dengan meninggalkan atau diam apabila kawan kita membuat perkara yang HARAM...
kawan kita takdelah 24/7 jam buat perkara haram setiap masa ye dok? jadi bila dorang dah mula start buat perkara yang haram atau yang kita tahu sama ada melalui perbuatan atau percakapan, kita kena diam atau meninggalkan mereka dengan cara yang baik...
"korang mulalah dulu, aku nak gerak dulu ada hal jap"
atau diam...
bukan maksudnya kita redha dengan maksiat yang mereka lakukan, tapi kita belum sedia membuat amal makruf nahi mungkar untuk mereka yang kita sayang... cukuplah dalam hati tu ada niat nak ubah mereka... bukan sahaja niat, kalau ada peluang nak cegah, cegahlah...
"hahahah, weh dah lah tu tak elok duhh"
Fasa Kedua
Tahniah! sekiranya anda berjaya melepasi fasa pertama bermakna anda dah mampu melakukan fasa kedua
Fasa meninggalkan lagha...
lagha tu apa?
lagha tu maksudnya lalai dengan duniawi, benda tu makruh sebab lalai dari mengingati Allah s.w.t memang tak dapat dosa lagilah pahala... tapi benda tu Allah benci... takkan kita nak hidup dalam keadan Allah benci ye dok? kita hidup nak cari keredhaan Allah... nak cari <3 Allah ^_^
jadi bila kita dah dapat tinggalkan benda yang haram, kita rilek jap... then baru kita cuba tinggalkan benda yang lagha ni...
"weyh jum pergi karaoke?"
"funky funky jomm"
"partyyy luuu"
kita tolak dengan cara yang baik tanpa menyatakan kita nak berubah...
"sorry uolls, I sejak kebelakangan ni busy sikett... ada hal keluarga.. sorry guyss"
kemudian dah dapat tinggalkan dua fasa ni, kita kena mula bergaul rapat dengan kawan kawan yang baik baik.... antara fasa dua dengan tiga ni kita kena turun kan ego siket tauu...
andai kita pernah kecikkan hati kawan yang baik tu yang alim tu pada zaman kita Jahiliyah dulu, pernah kutuk dia lah kata bajet alim lah kat dia, cakap ketinggalan zaman lah...
time ni kite kena turunkan Ego...
kita mintak maaf balik kat dia...mintak maaf sepenuh hati...sampai keluar air mata pun takpe...asal kan antara kita dengan dia... cakap dengan hati yang kita mintak maaf sangat-sangat kat dia.. cakap kat dia kita nak berubah... nak jadi baik...
kalau kena... ada yang akan gembira tau dengan kita kalau kita nak berubah! sebab dia nak sangat ummah zaman sekarang berubah... kalau boleh dia nak sangat semua umat Nabi masuk syurga bersama-sama :D
dia jadi baik bukan saja saja...dia dakwah bukan saja saja...sebab dia nak teruskan dakwah Nabi! dia Cinta akan Nabi!! jujur saya cakap kalau awak dapat orang macam tu awak orang yang sangat-sangat beruntung!! :D
Dia akan sedaya upaya nak bawak awak masuk syurga sama-sama... dia nak awak masuk syurga jumpa Nabi sama-sama dengan dia!! dia nak ukhwah sesama Islam kembali rapat semula supaya Islam kembali bermula dengan mengajak orangg seperti awakk!! ^_^
Awak patut bersyukur kalau dapat orang macam tu!!
mereka mungkin ada di kalangan para Murabbi atau Naqib dalam Usrah atau ahli-ahli Usrah yang lain...carilah disana In shaa Allah jumpalah mereka :)
kerana mereka sangat Cintakan Nabi, dan Nabi Cintakan umat! mereka bersama sama sama memperjuangkan dakwah mereka untuk kita semua sama ada yang ingin berubah atau yang dah berubah...
Awak tak perlu takut, mereka akan ajak awak dengan cara yang lembut dan tak banyak paksaan...buat masa ni awak cuma perlu fokus untuk berubah je...yang lain tinggal tepi dulu... nanti dah sampai masanya awak akan bersedia untuk memperjuangkan dakwah Nabi kerana Cinta awak terhadap baginda!
buat masa ni awak fokus untuk berubah dulu yee ^_^
jangan paksa diri pulak tauu...
okay
Fasa ke tiga
Fasa Ketiga ni awak jangan tinggalkan pulak yee ^_^''
sebab fasa ke tiga ni adalah wajib!
hal ni jangan risau bila awak dah mula berkawan dengan orang yang baik-baik
dorang akan bimbing awak dengan pro nye...
Tapi ini untuk mereka yang belum menjumpai kawan yang sebegitu...
benda wajib ni dah namanya wajib jadi awak mesti buat... lakukan untuk Tuhan!
awak kena buat dengan dengan kemampuan awak....
dan means saya kata kemampuan so, maksudnya ikut apa yang awak mampulah...
yang pertama solat... benda ni sangat wajib sebelum nak berubah kepada yang lain awak kena belajar solat tu... solat mengikut kemampuan... dan bukan maksud saya kemampuan sahaja...
nanti akan datang satu penyakit dari shayateen..
letih dan malas...
akan ada satu perasaan yang akan melanda kita bila kita nak buat benda baik ni...itulah dia letih dan malas di yang diusahakan oleh inchek shayateen....
Bila akan ada perasan tu, itu lah bermulanya ujian.. time tu cubaan untuk meruntuhkan istiqamah kita berlaku...
Time ni bermulanya jihad! ya berjihadd! kita kena berperang malawan shayateen dan mendidik nafsu...
"caranya macam mana?"
memang perasaan ni amat berat gila nak mateyyy... kita kena teruskan jugak... langgar je! pergi je solat walaupun rasa nak mati.... walaupun tak ikhlas, buat jee...sebab part bila awak dah lepas bermakna awak telah berjaya!
nak tahu berjaya ke tidak cuba awak sengaja tinggalkan solat....kalau  awak ada rasa perasaan gelisah rasa macam serba salah maksudnya awak telah berjaya!! tahniahhh ^_^
tapi saya tak jamin benda ni sekejap...awak jangan tenggokk masa walaupun sekali! JAAANNNGGGAAAAANNNNN!!! T-T
awak teruskan je dengan hari-hari yang berikut...awak jadikan solat itu sebagai rutin harian...walaupun lambat sekalipun awak kena buat! walaupun malas, awak kema buat! rilek lah banyak masa kann... nanti bila dah biasa baru awak belajar untuk awalkan solat okeyh? buat masa ni awak hanya perlu solat je...
Fasa terakhir
awak melepasi ketiga-tiga fasa tadi?
Tahniahhhhh!! ^_^ ini bermakna awak telah berubah tahap pertama yang membanggakann!!!
awak telah berjaya keluar daei Jahiliyah dan sekarang awak sedang berdiri di muka depan pintu Jannah!
"kenapa berdiri di depan muka pintu Jannah?"
kerana seseorang yang nak berubah, dalam erti kata lain anda sedang berjihad! anda berjihad melawan nafsu dan cuba berlari mengejar Cinta Allah! sekiranya awak mati dalam jalan tarbiah, dalam masa awak berubah, dengan izin Allah awak akan masuk syurgaaaa ^_^
aipp, tapi jangan terlampau yakin kita masuk shorga...jangannnn.... kerana itu bisikan shayateen supaya kita malas nak ibadat sebab hasutan tadi akan menyebabkan hati berkata
"alah rilek lahh aku dah berubah dan nak berubah... kan adik aha cakap bila kita dah ada dalam situasi camtu kita mati masuk syurgaaa"
nampak permainan dia? bahaya kann?
so walau apa pun yang berlaku kita tetap seorang...
pendosa...
baik mana pun kita, kita tetap takkan terlepas dari....
dosa...
sebab kita...
manusia...
huhuhu...
jadi tetapkan dalam hati kita ni bukan VIP Allah yang bila berubah masuk syurga terus gituuu ye awakk...
tapi kita takut seksa neraka dan azab Allah...
macam takde harapan jee...
taubat..
ye taubat....
awak buat dosa mana sekalipun Allah tetap ampunkan awakk
Allah sayangkan awak, buktinya lihatlah sekarang awak berjaya membaca entry ini sampai sekarang dan awak tergerak hati untuk berubah...
siapa tak gerakkan malainkan Allah? :)
jadikan tetapkan lah hati kita, berdoalah pada Allah agar kita ditetapkan hati di jalan ini...
jalan yang lurus...
dan bukannya jalan yang Allah murkai...
dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat :)
fuhhh lari tajuk hahahaha :3
okay okay dalam fasa ni awak buat sunnah Nabi yang kecik kecik dulu...diikuti dengan sunnah-sunnah yang besar.... bila awak dah lepas fasa ketiga, fasa ni tak susah bagi awak untuk buat... itu antara tanda yang awak dah lepas fasa ketiga...
peacee yoo ^^, V
tahniahhhh ^_^
semoga Allah tetapkan kita di jalan yang Dia redhai dan semoga kita kekal di dalam nyaaa..
aminnn.. ^_^
baiklah diharapkan nukilan saya ni  dengan izin Allah mampu membuatkan awak semua berasa semangat untuk berubah!
semoga berjayaaa!
Allah yutfah alaikum!
wa
Assalamualaikum ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan