Assalamualaikum,
ditulis entry ini pada hari jumaat yang penuh barakah ^^,
Sayyidul ayyam,
means, penghulu segala hari...
macam biasalah pepagi jumaat ni...pergi perhimpunan dengar ceramah...
tapi yang lainnya harini ceramah daripada Uztaz Maulana yang berasal dari Terengganu dan sekarang berada di tahfiz Pahang.... tak payah cakap sesat okeyh sebelum tu cikgu ada biodata dia tapi aku lupa -,- sorry
dia cerita pasal penderitaan dakwah Rasulullah s.a.w hmm...
Banyak kesedaran dalam ceramah dia... Baginda dengan bersusah payah risaukan umat setiap malam dia bertahajud sampai lebam kaki dan betis hanya semata-mata Baginda bersyukur sebab Allah telah mengampuni dosa Baginda dari sebelumnya sampai selepas hari lainnya...
Bukan itu je tauu.. beliau menangis risaukan umat setiap malam meminta memohon pada Allah supaya umat Baginda..kita lah tu :') diampuni dosanya...
setiap malam weh...
setiap malam...
hanya kerana untuk kita..
kita ')
Pengorbanan baginda terhadap kita memang tak terkira wehh... Aku tak tahu nak cakap macamana tapi sendiri kalau nak tahu tengok dan bacalah sirah-sirah Nabi kita... serious aku terharu pada Baginda berkorban harta benda untuk kita..
hanya untuk kita...
Baginda takut sangat dan risau dengan kita sebab kita tak nampak apa yang Baginda nampak, kalau kita pun nampak apa yang Baginda nampak, seksaan kubur macam mana, syurga macam mana, neraka macam mana, akhirat macam mana...
tak mampu kita...tak mampu...
Antara penderitaan yang Baginda lalui selain daripada di cemuh, di pukul dan di seksa sebagainya...
Baginda telah kehilangan dua orang rapat Baginda yang Baginda sangat sayang...
Yang pertama dia telah kehilangan Ayah saudara baginda Abu Talib...
Baginda bersedih bukan je sebab kehilangan seorang bapa saudara yang sangat menyayangi Baginda, bila ada tangan tangan orang kafir Quraisy yang cuba menyakiti Nabi Abu Taliblah yang akan cuba melindungi Nabi dan akan cari siapa yang sakitkan Nabi sampai ke lubang cacing!
Baginda bersedih sebab dalam keadaan bapa saudara Baginda dah nazak tu Abu Jahal datang dan cuba nak settle dwngan Nabi...Tapi Abu Jahal and the geng degil gak...
Nabi tak mintak apa, cuma mintak dia mengaku tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad persuruh Allah, dan Abu Jahal akan dapat mengetuai seluruh kaum Quraisy.. Tapi Abu Jahal ni degil.. dia tetap nak sembah beratus ribu patung berhala tu jugak...
last-last disebabkan Abu Talib ego dan disebabkan dia takut kalau dia mati nanti dia ucap kalimah Toyyibah tu nanti Abu Talib akan digelar oleh Abu Jahal sebagai pengecut pastu nanti kat kubur dia, dia takut akan dikencing dan diludah oleh kaum Quraisy...
lalu, matilah Abu Talib tanpa mengucapkan kalimah
La ila ha ill Allah
betapa kecewannya Nabi...
mana tak nya, Nabi ingat orang yang paling dekat dengan dia, yang paling sayang dia yang paling banyak lindungi dia sejak dari kecil sampai ke besar la ni mudah nak peluk Islam... tapi sayang...
lantas.. Nabi kecewa...
berapa hari gak la Baginda berduka cita dengan pemergian bapa saudara...
menangis siang malam, time solat, makan...
sampai lah Allah tegur Nabi..
yang berdakwah ialah Nabi... tapi yang bagi hidayah adalah Allah...(something like thatla)
kemudian selang beberapa hari...
Isteri Nabi yang Nabi sangat sayang...
Khadijah binti Khuwalid
telah meninggal dunia...
mana tak sedih Nabi isteri yang Nabi sangat sayang.. time susah senang ada dengan Nabi sentiasa...
yang paling terharu dulunya Khadijah ni sebelum peluk Islam dialah wanita jutawan yang paling kaya kat Mekah...
tapi lepas dia Kahwin dengan Nabi, semua harta dia, dia sedekahkan kat jalan dakwah Baginda Nabi s.a.w...
dan time dia nak meninggal pun dia cuma mempunyai pakaian yang dia pakai time tu...
dan masa nak memandikan jasad dia... ada orang yang tanya Nabi ada tak kain kapan nak tutup jasad isteri dia...
lagi bertambahlah deras air mata Baginda...
baginda dah tak punya apa dah time tu.. cuma ada serban yang tak boleh tutup semua jasad Isteri baginda...
Allahu betapa susahnya Nabi :'(
selepas kematian dua orang yang Baginda kasihi, Baginda pun hampir-hampir jak putus asa...
Kaum Quraisy bertambah lah perangai setannya...
ada yang ejek Nabi lah tanya mana Allah yang selama ni Baginda ceritakan tu, Allah dah tak sayang Baginda lah apa lah....sedih tau...
kalau kita?
lepastu turunlah wahyu Allah...
Surah dhuha...
hmm... lepastu penceramah tu cakap apa aku lupa..huhu sorry...
alah sekejap je pun...
lepas tu bermulalah peristiwa Isra Mikraj..
Nabi di angkat ke langit tapi sebelum tu Nabi ada buat pembedahan yang nak sucikan hati Baginda guna air zam-zam...
masa dah naik tu, Jibril pun terbang nak menunjukkan rupa sebenar dia...
MashaAllah!!!
kaki still lagi kat bumi, kepala dah ada kat langit pintu langit pertama!!
besar wooo!!
satu sayap dia pun dah panjang dari timur ke barat...
tu baru satu!!!
ada beratus lagu sayap dia tau!!
sampainya ke langit Malaikat yang menjada pintu langit pertama pun tanya...
"siapa di sana?"
lalu Jibril jawab
"aku, malaikat Jibril"
Malaikat penjaga tu pun tanya lagi...
"dengan siapa engkau datang?"
Malaikat Jibril pun jawab,
"aku datang dengan membawa Muhammad"
Malaikat penjaga bertanya lagi,
"adakah dia sudah dilantik menjadi Rasul?"
Malaikat Jibril menjawab ya, lalu Malaikat yang menjaga langit pun membuka pintu langit seterusnya menyambut kedatangan Nabi dengan penuh mulia!
Allah nak tunjukkan kat Nabi yang selama ni dakwah Nabi tak sia-sia, Nabi dicemuh di dunia tapi di langit lihatlah, betapa mulianya Nabi disambut!
actually, Langit dan Bumi pernah bergaduh last-last bumi
menang sebab dia ada Nabi Muhammad s.a.w langit takde... so, langit jelous lah...
menang sebab dia ada Nabi Muhammad s.a.w langit takde... so, langit jelous lah...
dan kali ni Nabi dah ada kat langit...maka, langit pun turut berbangga bila Nabi Muhammad datang...
time dalam perjalanan tu, Nabi tengok langit dah tertahan dah sebab banyak sangat malaikat beribadah... ada yang sujud sampai kiamat, qiam sampai kiamat.... tapi malaikat boleh buat satu rukun je....kalau sujud, sujudlah sampai kiamat... kalau qiam, qiamlah sampai kiamat....
dekat bumi ada dua arah kiblat seperti yang kita tahu, satu yang sekarang ni kat Mekah... lagi satu kat baitulmaqdis...tapi baitulmaqdis bukan kiblat dah...
jadi di alam malakut, ada dua jugak arah kiblat...namanya lupa huhu sorry... dan malaikat hanya boleh buat sekali je tawaf kat kiblat tu lepastu kena halau oleh Malaikat penjaga...
kita? so, berbangga sikit eh.. :3
kemudian satu persatu dia jumpa Nabi yang terdahulu Nabi Musa paling jelous sebab 10 doa dia ditolak sebab doa yang dia minta untuk umat tu hanya untuk Nabi Muhammad s.a.w je... lagi satu sebab umat Nabi Muhammad lah yang paling ramai akan ke syurga... pastu bermulalah sesi sembang bersembang dengan dorang... last-last bila Nabi Muhammad nak berangkat, Nabi Musa mengalir air mata sebab apa...lupa...
hewhew.... sorry
kemudian jumpa pulak dengan Nabi Ibrahim... gembiralah Nabi Ibrahim sebab doa dia untuk lahirkan seorang Nabi yang berketurunannya dikalbulkan... sembang punya sembang last-last Nabi Ibrahim pun minta Nabi Muhammad sampaikan salam kepada semua umatnyaaa
then Nabi dibawa naik lagi sampai ke syurga...
Masa Nabi diperlihatkan syurga, fuhhh...
subhanallah! memang aku tak tahu nak cerita camna Uztaznye citer....memang tak tahulah nak gambarkan camna...indah belaka...
subhanallah! memang aku tak tahu nak cerita camna Uztaznye citer....memang tak tahulah nak gambarkan camna...indah belaka...
Kemudian Nabi diperlihatkan pula neraka...
dikatakan kalau kita jatuhkan batu kecil dekat neraka tu 70 tahun pun belum tentu boleh dengar bunyi batu tu jatuh..
Allahu...
Nabi tanya malaikat Jibril tu neraka apa, Jibril cakap tu neraka Jahannam...
Nabi tanya untuk siapa..
Malaikat Jibril malu nak cakap...
Nabi desak kali pertama,
Malaikat Jibril senyap...
Nabi desak kali kedua,
Malaikat Jibril senyap...
Nabi desak kali ke tiga,
barulah Jibril jawab...
Tu untuk umat Nabi yang terlalu banyak buat dosa-dosa besar....
bammmmmm...
.
.
.
.
Lepas dari singgah kat dua tempat tu, Nabi kena naik lagi... Tapi Jibril dah tak boleh ikut... sebab Jibril pun ada had dia jugak tak boleh naik tinggi-tinggi... boleh terbakar, jadi Nabi kena jumpa Allah berseorangan...
Maka, pergilah Rasul Allah menghadap Allah s.w.t...
di situ Nabi telah berbual mesra dengan Allah...
hijab telah ditutup dan tiada malaikat pun tahu apa jadi lepas tu...
hijab telah ditutup dan tiada malaikat pun tahu apa jadi lepas tu...
kemudian, selepas bebual mesra... sebelum di turunkan di bumi semula tak bestlah kalau pergi melancong tak bawak ole-ole kan?
Jadi Allah telah menyediakan satu hadiah yang paling agung
Kepada Nabi Muhammad s.a.w,
Kepada umatnya,
kepada kita,
Pertama
Allah telah mengambil semua rukun-rukun malaikat yang bersujud, yang qiam, yang takbir, yang semualah yang malaikat buat dan combine kan menjadi satu pergerakkan untuk kita berkomunikasi dengan Allah
Kedua
Allah merakam perbualan yang paling agung Nabi Muhammad s.a.w dengan Allah dalam tahiyyat awal dan akhir...
perasan tak?
"attahiyyatul mubarakatus salawatuttoyyiba dulillah...."
itulah perbualan paling agung antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Allah S.W.T
Ketiga
Allah telah memberikan satu surah yang tidak diberi oleh Nabi-Nabi terdahulu pun... surah khas untuk kita ummat Nabi Muhammad sahaja...
surah Al-Fatihah
perasan tak?
bila kita baca surah tu kita sedang bercakap dengan Allah,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
(hamba Ku telah memuji Ku)
Maha Pengasih, Maha Penyayang
(hamba Ku telah memuji Ku)
Yang mengetuai hari pembalasan
(Hamba Ku telah meng agungkan Ku)
hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya Engkaulah aku memohon
(ini antara Aku dan hamba Ku dan berilah apa hamba Ku mahu)
tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus
(ini antara Aku dan hamba Ku dan berilah apa hamba Ku mahu)
jalan yang Engkau telah kurniakan Nikmat dan bukan pula jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat
nampak kan?
sebab tu imam syafie suka lambat-lambatkan bacaan solat.. sebab dia nak bayangkan yang dia sedang bercakap dengan Tuhan!
kemudian sebelum turunnya ke dunia Nabi Muhammad nak buat solat subuh dengan Nabi-nabi sebelumnya...
Semua Nabi bersejutu mengutuskan Muhammad sebagai imam solat subuh mereka...
maka,
terciptalah sejarah yang amat membanggakan...
solat yang pertama bersama para Nabi-nabi terdahulu...
Sunhanallah!
selepas peristiwa tu Nabi pun balik kerumah seperti biasa dan merasai kehangatan katil Baginda seperti baru pergi dalam masa sesaat!
Subhanallah,
keesokkan harinya dengan wajah yang cerianya keluarlah Nabi dan mencari umatnya dan mengumpulkan umatnya
Abu Jahal tengok time tu pelik jee kenapa muka Nabi ceria je tak seperti sebelum ni bermuram je...
bila dah kumpul semua orang Nabi lun cerita kisah dari alif hingga ya
kaum musyrikin time tu sah-sahlah kata Nabi gila.. tapi tidak kepada umatnya...
tidak kepada sahabatnya...
Abu Bakar
"kalau Muhammad yang cerita semua tu kalau lebih lagi aku tetap percaya!"
MashaAllah!
betapa kuatnya iman Abu Bakar,
kita?
Muhasabahlah diri kita...
selepas peristiwa tu, Malaikat Jibril pun turun dan mengajar Nabi cara solat step by step...
lalu dikumpulkan semua umatnya dan dan mengajarkan kepada mereka pula...
sampai sekarang...
solat masih utuh sehingga kini...
Subhanallah..
Para malaikat memang jelouslah dengan umat manusia boleh buat 13 rukun sekaligus...
Malaikat cuma boleh buat satu rukun je...dan rukun tu kekal sampai kiamat...
jadi begitulah ceritanyaa....
bagaimana solat boleh wujud... panjang cerita dia tapi ini lah yang boleh dipendeklan hehe...
cuma ingatlah bahawa solat ini adalah satu hadiah untuk kita yang beriman! dan bukan satu beban untuk kita...
amalan yang pertama sekali ditanya nanti adalah solat kemudian akhlak..
kalau akhlak baik tapi solat takvterjaga pun macam mana?
sebab yang membezakan Islam dan kafir adalah solat...
jadi sampai sini sahaja perkongsian aku...harap korang paham dengan citer panjang lebar aku pasal ceramah tu hehe :3
Assalamualaikum!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan