Assalamualaikum!
Pertama sekali entry ni dibuat pada 10 malam terakhir Ramadhan, so sempat tak kalau aku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan lagi? hehe Sebab aku Magic Sim ada buat langganan baru burung hantu 5 ringgit 30 hari, Tu yang aku cuba ni, nak guna sim yang bill masaklah aku quota cuma 3.00GB aje... Nampak banyak padahal kalau tengok video dah boleh habis dah...
Jadi, pada malam 10 terakhir Ramkadhan ni korang fikirlah sendiri apa yang korang dah buat, kalau rasa korang banyak amalan, tambahkan lagi, kalau rasa menyesal takpe ada masa lagi...tu pun kalau korang baca entry esok lah~ aku tak berani jamin...
Jadi apa dia antara fadhilat Ramadhan yang boleh kita dapat selain daripada menahan lapar dan dahaga? Aku ada dengar satu tazkirah kat satu masjid ni dia kata dalam Bulan Ramadhan ni, ada lima benda yang bulan Ramadhan ada tapi bulan lain tiada...
1.Tidur Dapat Pahala
See? dalam bulan Ramadhan kita tidur pun dah dapat pahala, sebab tidur ni dikira ibadat... Memanglah dekat bulan lain pun dikira ibadat juga tapi dalam bulan Ramadhan ni kita tidur dapat pahala menyamai solat Fardhu! Tapi bukanlah maksudnya tidur sepanjang hari, tak boleh juga. Waktu tidur yang afdhal adalah waktu setengah jam sebelum waktu zohor, antara zohor sampai asar dan waktu lepas isyak.
Waktu lepas isyak tu aku dapat tahu ada satu kajian ni dia kata kalau tidur pada pukul 10,11,12 malam dah cukup menyamai kita tidur sehingga 6 jam! 1 jam kita tidur tu brsamaan 2 jam dah... so, kalau rasa nak tahajjud malam tu, korang boleh tidur seawal lepas isyak, lepas tu bila dah pukul 3 pagi ke bangunlah buat tahajjud.
Serious aku tengah cuba dan aku langsung tak mengantuk time kelas, mungkin sebab harini takde akademik kot tu sebab aku tak ngantuk tapi aku dapat rasakan macam aku dah tidur cukup! betul!
2. Duduk Diam dapat Pahala
Selain dari tidur, kalau kita duduk diam pun kita dah dapat pahala! Tak perlu buat apa pun kalau kita duduk je, Allah bagi pahala dia tu menyamai kita berzikir! Apalagi kalai kita berzikir time tu, senang gila nak dapat pahala... Only in bulan Ramadhan jer..Tiada di bulan lain.Itulah keistimewaan bulan Ramadhan... so, kalau tiada benda nak buat, diam adalah lebih baik bagi kita di bulan Ramadhan ini.
3. Pahala Amalan Dilipat Gandakan
Seperti yang kita tahu, only in Ramadhan sahaja amalan yang kita buat tu dilipat gandakan... Kalau kita buat solat sunat, pahala kita dah sama taraf dengan solat fardhu, kalau kita buat solat fardhu, pahala akan digandakan sebanyak 70! banyak tuu... Dan macam aku kata sebelum ni, duduk diam daripada perbuatan harus terus up jadi pahala! memang kalau kita tahu betapa bernilainya bulan Ramadhan ni, mesti kita tak henti-henti buat amalan.
4. Doa Dimakbulkan
Selama mana kita berpuasa, selama itulah doa kita dimakbulkan, bezanya cepat lambat je... Tapi dalam banyak-banyak waktu doa, kalau doa kita 'mengena' memang boeklahh untung....antara doa yang paling mustajab seingat aku sebelum waktu berbuka, time tu kalau nak mintak apa-apa mintaklah, in shaa Allah, Allah tunaikan
5. Segala Dosa Diampunkan
Dan bila di bulan Ramadhan, kalau doa pun mudah dimakbulkan, doa mintak ampun apatah lagi. Nak solat sunat taubat pun boleh, Jangan takut atau ragu-ragu kalau doa kita tidak diterima atau kita tidak diampunkan, siapa lagi yang nak ampunkan dosa kita selain Allah? tiada siapa melainkan Allah! so, jangan nak ngegada amik tugas Tuhan nak judge diri sendiri apatah lagi orang lain...
Jadi itulah antara fadhilat yang aku tahu di bulan Ramadhan yang boleh kita dapat dan amalkan. Moga entry ini dapat diambil manfaatnya dan diamal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan