Halaman

Selasa, 13 September 2016

Pengalaman Jadi Cikgu

Assalamualaikum!

Selamat Hari Raya AidilAdha diucapkan kepada umat yang beragama Islam, dan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada yang bukan Islam, moga cuti seminggu ni kita mampu manfaatkannya dengan aktiviti yang berfaedah. At least duduk kat rumah pun dah okay daripada keluar tanpa arah tujuan... Tak salah keluar, tapi tujuan tu mesti Allah redha.

Masa hari Jom Ke KV sebelum cuti tu kitorang ditugaskan untuk bagi presentation dekat pelajar sekolah! Bayangkan kitorang kene present, present dekat pelajar sekolah pula tu, pelajar sekolah pulak bukan sorang dua, tapi ramai! perrhhh rasa memang macam nak lari keluar je... Bukan tak tahu, tapi yelah, kena tunjuk muka dekat semua orang, orang luar pulak tu, lect pun inform sehari sebelum tu, memang kitorang satu course ni kena buat present on the spot! Secara spontan! Tanpa Skrip!

Khamis, 8 September 2016

Haiwan Peliharaan yang Sesuai Dibela Di Asrama

Assalamualaikum :D

Buat masa ni aku tak boleh nak aktif sikitlah dalam laman sosial disebabkan phone ada masalah sikit. huhuhu... In shaa Allah aku akan aktif semula pada akhir tahun nanti, lamanyaaaaa T,T

Jadi dekat asrama ni aku rasa sunyi dan bosanlah tak tau nak buat apa, kalau nak ajak borak pun dengan siapa? Aku ni jenis bukan yang pandai cerita ataupun boleh dibawa borak. Aku ni jenis yang tak lancar dalam berbicara dengan kata lain aku ni gagap ataupun jenis yang cakap laju. Aku pun tak tahu sejak bila penyakit ni datang padahal dulu tak macamni pun.

Orang kata janis yang cakap laju ni personalitinya suka simpan rahsia, suka menipu dan kurang keyakinan diri. hmm.. rasanya dah tahu kot dari mana datangnya 'habit' tu. So back to the point, bila aku rasa sunyi dan bosan tak tahu nak buat apa aku rasa aku perlukan teman tapi bukan manusia sebab manusia layan phone 24 jam je mana selalu nak layan aku.

So, aku ambil keputusan nak bela haiwan kat asrama, bukan asrama bagi, tapi disebabkan aku ni dah senior so pihak asrama tak pantau kitorang sangat kot. Kalau ada spotcheck ke apa ke warden bukan cek kat blok akupun hehe...

Dah berapa minggu dah aku research nak bela haiwan apa yang senang nak dibela di asrama. Banyak risiko, tapi bagi orang yang takde handphone macam aku ni rasanya tak sangat kot lalalaaa....

Sabtu, 3 September 2016

Taubat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah atas segala apa yang terjadi, sesuatu yang terjadi sememangnya ada hikmah yang tersendiri. Walaupun kita tak nampak, tapi mungkin hikmah itu dilihat oleh orang lain.

"La yukalifullah hu nafsan, illa hus aha,"
Allah tidak menguji seseorang hamba itu melainkan dia mampu menghadapinya

Kadangkala apa yang terjadi pada kita, kita sering mengeluh dan berputus asa. Sokay kalau nak mengeluh sebab penat, tapi jangan berputus asa dan menyalahkan takdir. Penat itu lumrah, tapi berputus asa itu pilihan kita. Berehat dan tenangkan fikiran dulu, bila semangat dah kembali  maka teruskan!

*mukadimmah untuk diri sendiri
*********************************************************************************