Halaman

Ahad, 22 Mei 2016

Kisah #1

Assalamualaikum,
Al kisahnya begini,
tidak tahulah bila kejadian ini berlaku,.tidak tahulah juga siapa yang mencipta kisah ini,
tapi kisah ini aku khaskan untuk korang supaya boleh diambil iktibar serta pengajaran...

dalam sebuah laut yang luas,
banyak ikan di laut mengerjakan hal masing masing,
adapun yang buat kerja sendiri, bermain girang di gigi air, berenang renang, makan, masak, tangkap obor obor, kerja kat krusty krab, tengah rancang kejahatan, buat mende...
k citer Spongebob -..-
ada sekor Ikan tua ni, bukan Encik Crab.. bukan juga Puan Puff.. bukan juga ikan tua yang menyumpah Krusty Krab sebab tak dapat beli Krabby Patty... bukan cerita Spongebob senang cerita... -..-
Ikan tua ni selalu berpesan pesan kepada ikan ikan yang lain supaya tidak tertipu dengan helah makanan yang dicucuk besi dan bewarna warni,
Ikan tua ini juga sering memberitahu akan akibat memakan makanan tersebut dimana apabila seekor ikan memakan makanan yang ditusuk jarum akan dinaikkan kelangit,
kemudian di koyak mulutnya,
disiang badannya,
kadangkala dikeringkan dan dijemur,
kemudian dituang di dalam minyak bersama api yang mendidih,
dan diakhiri dengan dimasukkan kedalam mulut manusia dimana mempunyai 25 batang gigi dan kesemuanya keras keras belaka, dan dikunyah kunyah dan disiat siat dengan begitu sadis...
malang sekali peringatan ikan tua itu kebanyakannya tidak dipercayai oleh ikan ikan yang lain...
hanya sebilangan ikan sahaja yang mempercayai ikan tua tersebut...
seperti biasa "lihat dulu baru percaya",
ikan ikan yang tidak mempercayai ikan tua tersebut memakan makanan yang ditusuk jarum...
sadis sekali ikan tua tersebut tidak pernah menipu...
akhirnya, kejadian yang dikhabarkan oleh ikan tua tersebut benar benar terjadi pada dirinya... barulah ikan tersebut percaya kata ikan tua itu...
tapi segala-galanya telah terlambat...
matilah ikan tersebut dengan begitu sadiss sekali manakala gembiralah orang orang yang mempercayai cakap ikan tua tersebut...
***
yup Bagitulah juga cerita Nabi,
begitu juga dengan kita,
apa yang diceritakan oleh Nabi tidak pernah sesekali baginda berdusta,
sebab tu kita kena percaya akan alam ghaib,
alam barzakh wujud, tapi tidak terlihat,
kiamat, padang mahsyar, syurga, neraka juga wujud tapi tidak terlihat oleh kita...
tapi kebanyakkan manusia tidak percaya dengan kata-kata baginda...
dan sebab tu jugalah aku kiaskan dalam bentuk cerita supaya korang faham dan sedar akan hakikat realiti apa yang Nabi ingin sanpai kan...
Baginda sendiri dah melihat akan kedahsyatan
siksa kubur, Sidratul Muntaha, Syurga, Neraka dalam peristiwa isra' mikraj sebab Baginda dipilih...
oleh asbab yang demikian Baginda bersungguh sungguh memberi peringatan kat kita kerana baginda telah melihat sendiri perkara tersebut...
dan kita sebagai umat Islam memang wajib beriman kepada baginda kerana dalam rukun iman sendiri disedarkan untuk kita bahawa kita kena beriman dengan Rasul...
moga cerita dan nasihat ini berguna untuk kita mengambil iktibar serta sampaikan kepada orang lain ^—^V
Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan