Assalamualaikum,
akhirnyaaa
, aku freedom seketika daripada sem 1 DVM! exam dah habis, tinggal seminggu je lagi duduk asrama dan lepas tu cuti dua minggu...
, aku freedom seketika daripada sem 1 DVM! exam dah habis, tinggal seminggu je lagi duduk asrama dan lepas tu cuti dua minggu...
yezzz x3
dah lama tak update blog, setelah sekian lama menelaah bermati-matian belajar sampai lupa kat blog ni... bukan maksud aku nak jadikan ilmu dan pointer tu sebagai Tuhan, tapi nak berjaya kalau pointer teruk macam mana kan?
dan, sekian lamanya tak usha blog ni aku sebenarnya banyak isi hati yang aku nak luahkan kat dalam benda ni sebenarnya, ilmu pun aku tak lupa...
entry, ni pun bukan tujuannya aku nak omong kosong, tapi aku nak share ilmu yang aku tahu dan aku belajar, bukan entry kalini je.... entry lain pun sama juga..
kalini aku nak citer pasal ikhtilat,
Ikhtilat ni tak ramai tahu, dan ada yang tahu, dan ada yang tahu tapi menyalah tafsirkan...
yang menyalah tafsir tulaa paling teruk,
kengkadang aku pun terfikir juga kenapa Ikhtilat ni takda dalam subjek agama, kenapa dah digembar gemburkan kat Malaysia? dan kenapa sekarang baru tahu?
sebab, kita kat Malaysia, kita orang Melayu... bukan bangsa Arab yang memang tempat para Anbiya bermula dulu.. so, ilmu kengkadang banyak yang tak sampai dan tak banyak pengetahuan dan dititik berat pasal ni... dan orang melayu zaman sekarang pun terkenal juga dengan trend cintan cintun ni.. ada yang tahu lepas tu diubah.... nak kata bahaya memang boleh rosaklah akidah..
samalah juga macam topik pasal beza nikah adat melayu degan cara Islam dan kematian antara adat Melayu dan cara Islam...ramai yang keliru..
Ikhtilat ni memang susah nak jaga terutamanya yang Playboy,Playgirl atau ada kawan rapat perempuan atau lelakinya atau yang suka bersosial...
senang cerita paling utamanya golongan remaja la yang susah nak jaga, sebab golongan remaja ni sifat ingin tahu tinggi, dan mentality masyarakat kita yang ber-enjoy dulu bertaubat nanti memang dah melekat pada diri kita...
heh, aku pun remaja juga, sekarang pun umur aku 17 so jangan pertikaikan please
jadi kenapa Ikhtilat sebegini hebat aku cerita? kepada yang tak tahu ni aku nak bagi tahu...
Ikhtilat ni dalam bahasa Arab, Bahasa kita disebut pergaulan...
pergaulan ni takdelah aku maksud meliputi semua,
pergaulan disini istilah dia, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang Ajnabi,
Ajnabi ni orang yang boleh kita kahwin sama ada orang asing, sepupu, dan kawan rapat...
masalahnya sampai bila ke hukum... inilah part orang suka memutar belit pasal ni...
jadi apakah hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi ni?
hukum sebenar asal dia adalah haram, manakala boleh jadi harus kalau ada hajat dan darurat... kemudian makruh kalau pergaulan tu ada hajat tapi takde matlamat...
nak dalil dia setakat ni aku masih ingat yang ayat 'la taqrabbu zina' jelah... ada lagi tapi aku lupa huhu sorry...
jadi, Ikhtilat ni haram kalau kita asyik bersembang je dengan Ajnabi bergelak ketawa hoho haha sana sini...
ingat tak dosa ke?
kengkadang kita tak perasan...tapi kekadang kita kenalah terima hakikat... agama kita juga kenapa nak bangkangkan?
Tapi ikhtilat ni harus bila kita berada dalam hajat atau darurat, bila mana dalam kecemasan, atau dalam meminta pertolongan seperi belajar, mengajar, sesat dalam hutan, nak kena baham buaya, meteor jatuh dari langit ke... k tu hiperbola
dan Ikhtilat boleh jadi makruh bilamana kita berhajat tapi takde matlamat, contohnya tanya apa khabar, buat apa, rindu ke tak...boleh dating tak tu memang dah sahlah tak boleh kalau takde kepentingan....
got it?
ada yang tanya, sampai macam tu sekali... ada ke hukum yang sama macam ni dalam topik lain?
adaaa, contohnya babi... babi haram dimakan tapi kalau dalam keadaan tersesat boleh je makan.. tapi makan untuk hidup, bukan buat nasi babi buncit pula...kehkeh
lagi satu dadah, dadah haram guna tapi kalau dalam kes rawatan aboleh je guna tapi dos yang berpada lah...
susahkan nak jaga?
cehh takdelah senang je actually hehe...
senang ceritalah, kalau takde benda penting, tak payahlah cakap dengan perempuan, kalau ada benda nak cerita, ceritalah kat membe lelaki.. semudah macam tu jea...
ada lagi yang tanya, habis tu kalau nak nikah nak kenal orang tu atau nak tunang nanti macam mana?
itu sebab lah ada gunanya merisik, guna orang ketiga dan kalau ada benda nak tanya, tanyalah kat dia... kalau nak jumpa boleh tapi kena ada orang ketiga, tapi time tu pun boleh tanya benda penting je.. kalau bergurau senda dah dikira salah dah tu... tu sebab dalam tunang kita sunat melihat muka dan tapak tangan...
bersusah dulu bersenang kemudianlah...
memang memula susahkan tak dapat cakap dengan orang yang kita sayang tapi kalau kita jaga sampai mulalah timbul rasa malu nanti... percayalah nanti bila dah disatukan perasaan nikmat diatas sebab kesusahan tu memang berbaloi...
bayangkan lah bila nak sarung cincin, malah nak pandang muka apatah lagi nak bercakap pun malu... nanti mulalah rasa jantung ni dup dap dup dap laju selaju jantung Ussain Bolt tengah berlali padahal lita tengah duduk hehe...
so, point nikmatnya kat situlah rasa dupdap rasa malu semua ada rasa merah je muka nanti...itulah tandanya kita ada iman... tapi perasaan gemuruh tu lah nikmat dia tapi kepada orang yang jaga Ikhtilat lah...
yang tak jaga tu nanti bila dah kahwin pun dah takde rasa apa apa dah... cuma rasa gemuruh bila nak buat hubungan...itu pun kalau pasangan masing-masing tak pernah buat atau tak pernah tengok cerita tak elok...itupun kalau...lepas tu mulalah cepat jemu...
cehhh actually bab cinta ni aku nak masuk tajuk lain tapi termasuk sini pula kahkah
ada juga uztaz cakap bergaul tu boleh tapi kena berpada padalah, ada syarat syarat dia kena jaga pandangan bagai lah kan..
pandangan tu pun boleh juga diambil kira, betulah tu kalau nak bergaul boleh tapi kena ada syarat-syarat dia dan syarat dia tu samalah macam aku cakap tadi...hajat dan darurat...
lagi satu dalam bergaul kalau ada kepentingan pun kena ada syarat dia juga kena jaga pandangan lagi, suara kena serious, tak boleh bergurau senda.. nak gurau senda tunggu kahwin nanti... tu pun benefit juga kalau jaga..
yang salah bila dia kata ikhtilat tu harus tapi boleh jadi haram... habis rosak akidah... kenapa rosak?
sebab Ikhtilat ni para ulama dah bersepakat meletakkatkan Ikhtilat haram dulu baru harus saru mazhablah senang cerita...
so, kalau dia kata Ikhtilat tu harus dia ambil mazhab mana?
Ikhtilat ni pun kena jaga juga lepas kahwin bukan dengan isterilah.. dengan orang lain... bila dah nikah nanti nak berikhtilat dengan isteri, go on... nak buat apa apa pun boleh dah takde dosa... malah bertambah pahala... tu yang best..
tapi dengan orang lain tetap kena jaga.. ini menunjukkan yang ikhtilat ni mengajar kita untuk jadi setia
setiap apa yang Allah letak tu ada hikmah dia actually, kita je yang kena cari...
dah jelaskan semua? jadi sebenarya ikhtilat ni pun senang je nak kendali kan...ramai yang menyusahkan je...ada jugak yang syadid tu pun tak boleh juga..
kepada yang dah berpunya pula ceritalah kat pasangan pasal ni... in shaa Allah dia faham... kenapa perlu takut dia curang sedangkan kita sendiri yang bagitahu Ikhtilat kat dia? hanya memerlukan kepercayaan antara satu sama lain je lepas tu... masing masing kena lah jaga baru kekal in shaa Allah sebab ikhtilat juga mengajar kita untuk setia...
okay sampai sini sahaja entry kali ni... akan datang aku akan cerita pula bab lain in shaa Allah, semoga kita berjaya dalam menjaga ikhtilat ni!
Assalamualaikum! ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan