Halaman

Khamis, 8 September 2016

Haiwan Peliharaan yang Sesuai Dibela Di Asrama

Assalamualaikum :D

Buat masa ni aku tak boleh nak aktif sikitlah dalam laman sosial disebabkan phone ada masalah sikit. huhuhu... In shaa Allah aku akan aktif semula pada akhir tahun nanti, lamanyaaaaa T,T

Jadi dekat asrama ni aku rasa sunyi dan bosanlah tak tau nak buat apa, kalau nak ajak borak pun dengan siapa? Aku ni jenis bukan yang pandai cerita ataupun boleh dibawa borak. Aku ni jenis yang tak lancar dalam berbicara dengan kata lain aku ni gagap ataupun jenis yang cakap laju. Aku pun tak tahu sejak bila penyakit ni datang padahal dulu tak macamni pun.

Orang kata janis yang cakap laju ni personalitinya suka simpan rahsia, suka menipu dan kurang keyakinan diri. hmm.. rasanya dah tahu kot dari mana datangnya 'habit' tu. So back to the point, bila aku rasa sunyi dan bosan tak tahu nak buat apa aku rasa aku perlukan teman tapi bukan manusia sebab manusia layan phone 24 jam je mana selalu nak layan aku.

So, aku ambil keputusan nak bela haiwan kat asrama, bukan asrama bagi, tapi disebabkan aku ni dah senior so pihak asrama tak pantau kitorang sangat kot. Kalau ada spotcheck ke apa ke warden bukan cek kat blok akupun hehe...

Dah berapa minggu dah aku research nak bela haiwan apa yang senang nak dibela di asrama. Banyak risiko, tapi bagi orang yang takde handphone macam aku ni rasanya tak sangat kot lalalaaa....


Kuira-kura
Kura-kura kalau nak jaga kat asrama rasanya mudah cuma macam biasalah kena cuci bekas dia bagi dia makan tiap hari. Kalau nak bela jadikan kura-kura ni rutin harian kita untuk bagi dia makan, layan dia dan bersihkan bekas. kalau pemalas tak payah bela~ Yang lecehnya kura-kura duduk dalam air itu yang leceh nak cuci taik dia lumut bagai tapi kalau dah ada niat nak bela, belalah. Actually, ada kura-kura jenis yang tak duduk dalam air pun takpe. Yang jenis cengkerang hitam line warna kuning tu antaranyalah.
Tak perlukan air pun letak je atas lantai lepas tu buat pagar dah boleh hidup dah sebab aku pernah bela kura kura jenis ni, memang senang gila nak jaga. Selain yang ni, ada lagi kura-kura yang jenis tak perlukan air contohnya Leopard Tortoise dan Pancake Tortoise. Tapi bukan maksudnya langsung tak perlukan air, bagilah secara kerap untuk dia minum, lagi satu kalau hujan, letak je dia kat luar, dia suka main hujan heee....

Kucing 
Kucing ni emm... rasanya terlalu biasa atau formal sangatlah sebab kat kantin ada kucing, kat dm ada kucing, kat surau ada kucing kat mana-manalah ada kucing lepas tu nak bela kat dorm? memang kelakarlah cerita dia. Kalau dia berak merata-rata ke lagi-lagi nak bela kat dorm, Nanti tak pasal-pasal berak kat katil member dah satu hal, taik dia bukannya kecik. Kalau nak sediakan pasir dia takpelah cuma confirm ke ada masa nak tukar?  mnak layan dia selalu? so, dinasihatkan tak payahlah bela kucing sebab kat asrama ambik je memana kucing lepas tu namakan dia pun dah dikira bela..hahah

Hamster
Hamster pulak rasanya boleh je nak jaga kat dorm tapi memerlukan persetujuan dengan ahli dorm yang lain sebab bau dia atau sangkar dia. Kalau dapat ahli dorm yang sporting tu kira okay lah, Hamster ni kalau takde kelengkapan macam tempat minum dia, sangkar dan habuk kayu dia baik beli dulu. Tapi memerlukan anggaran kos jugaklah tapi kalau sanggup nak bela, belalah dan sangkar dia pun tak perlulah besar, kecik je cukup untuk memudahkan nak sorok kalau ada emergency kes...

Iguana
Iguana ni senang jaga tapi kepada sesiapa yang geli dengan reptilia yang bergerak pantas serupa cicak baik tak yah hahahah... Iguana ni dia senang nak jaga, dia makan tumbuhan hijau je means dia ni herbivor lah. Tapi masalah dia lari laju, tapi kalau dah jinak, boleh bela sampai dia besar sebesar buaya! Kalau yang nak bela tu, first time nak jinakkan dia memang susah, dia ni laju, lepastu kuku dia tajam senang nak cakar orang dan suka menggigit so, kepada yang ingin membelanya memang kena didik sofat sabar tu dulu sebab nak jinakkan dia bukan sehari dua, tapi mungkin berbulan-bulan, jadi kesabaran perlu ada untuk membela dia lagi-lagi nak bela kat asrama, kalau lari lepastu hilang tak ke naya?

Bearded Dragon
Ramai yang keliru antara iguana dengan bearded dragon. Untuk pengetahuan pembaca, Bearded Dragon dengan Iguana adalah berbeza, Iguana macam biawak, Bearded Dragon pulak macam cicak yang bezanya Iguana boleh membesar sepemeluk manusia, tapi Bearded Dragon membesar paling besar aku tengok sebelum ni sebesar lengan sampai ke bahu.

Memula aku fikir nak bela Bearded Dragon ni sebab mudah jaga bagi aku. Dia ni jenis yang omnivor, dia makan tumbuhan hijau tertentu dan makan serangga. Sepatutnya Bearded Dragon perlukan lampu UV untuk membantu mencernakan makanan dia tak silap aku dan mempercepatkan proses tukar kulit. Tapi setakat asrama letak tepi je dah boleh bawak jemur sebab matahari lagi bagus dan lebih 'ori' daripada lampu UV kedai heheh...

 Aku tak jadi nak beli sebab harga dia lari dari bajet aku heheh...ada je yang murah tapi aku tengok kat mudah.my je laa...paling murahpun setakat ni aku jumpa dalam harga RM150 ke atas cemtu. Ada je pet shop kedai dekat tempat aku jual tapi harga dia RM380 yang kecik... Kalau besar RM900! perhhh tarik balik niat huhu....

Sugar Glider
Sugar Glider pun ada dalam list aku nak beli jugak, tapi nak bela si comel ni bukan semata-mata sebab rupa dan ikut trend, sebab kalau itu je niatnya memang tak laratlah nak bela cerita dia, sebab nak bela suggie ni perlukan tahap kesabaran yang tinggi dan memerlukan pengorbanan yang banyak dari segi masa.

Suggie ni dia suka buah-buahan tapi ikut mood, dia ni cerewet juga kalau tiap-tiap hari makan benda yang sama dia pun bosan juga, jadi kena beli buah-buahana yang beraneka. Bela kat asrama dalam kes ni senang sebab dm ada je buah-buahan so keperliuan makanan dia cukup. Lagi satu si comel ni aktif pada waktu malam, jadi kena perlu korbankan sedikit tidur tu untuk dia. Klau tak layan dia waktu malan, lagi -lagi yang baru bela tu kena tahanlah dengan bunyi scrabbiing dengan barking dia.

Aku ingat bunyinya takdelah anoyying mana sekali aku bukak Youtube aku dengar. Ya Allah bunyi diaaaa... pada aku mungkin bolehlah tahan lagi tapi nak bela kat dorm tu melibatkan privacy orang memang susah. Bunyi dia memang annoying! Dan nak jinakkan(bonding) dia pun memerlukan masa berbulan-bulan bergantung pada masa untuk melayan dia. First time nak jinakkan tu dia akan bunyi scrabbing dan barking memang akan menguji tahap kesabaran. So, pada yang nak bela kat asrama tu perlu berbincang dulu dengan member kalau tanak suggie kena bunuh pada malam pertama..hahahahah

Hedgehog
So, lastly sebelum cuti raya haji ni aku decide nak bela hedgehog jelaa. Landak mini, first yang akan ditanya mesti duri dia sama ada tajam ke tak kan? Ntah aku pun tak tahu tapi katanya tak tajam pun, tajam macam sikat biasa tu je. Yelaa kalau tak takkanlah boleh bela kan? Hedgehog ni memang mudah nak jaga, dia makan serangga jugak dan dia boleh makan makanan kucing! tapi ada jenama dia macam susah je nak cari huhu tapi rasanya ada kot kat pet shop terdekat. Tempat dia pun letak je dalam storage box dah okay sebab nak elakkan dia dari panjat. Lagi satu dia ni pun spesis berjaga malam, tapi jangan risau, dia ni berbeza dari suggie(sugar gliders) yang memang nakkan perhatian, hedgehog ni lain pulak. Dia ni hidup bersendirian dan akan bersosial bila nak mengawan je so ada masa nak layan boleh tak de masa pun takpe. Tapi first-first tu kenalah layan dia nak bagi kenal tuan kan...
Ikan Laga
Yang ni pulak membe dorm bawah aku bela, ni bagi aku lagi senang nak jaga, bagi makan, minum dan brsihkan sangkar je. Kalau pandai bela boleh buat duit, Dulu aku pernah biakkan dia tapi diatas satu je kesilapan, habis anak ikan laga aku huhu... Tapi paling mudah nak bela ikan lagalah

So, up to you lah nak bela apa pun, yang pastinya kalau nak bela, bela betul-betul! Selesakan dia bukan seksakan okay?

Assalamualaikum!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan