Assalamualaikum,
Dah lama tak buat blog, sebab jadual yang padat dengan assingment, tugasan yang diberikan oleh pensyarah... Nak buat macam mana, untuk masa depan sendiri juga, walaupun duduk kat 'institut' ni macam takde masa depan je, tapi rezeki itu luas...Bukan dengan belajar je kita dapat jalan kita...macam addmath, mana masuk pun dalam kerja kita suatu hari nanti... Melainkan engineer, aku pun tak tahu apa function subjek tu -..-
Berbalik kepada tajuk, jadi aku tulis entry ni masih dalam bulan Raya lagi...so, tak terlambat ye untuk aku ucapkan selamat hari raya, Raya kan sebulan ;).. Jadi, apakah maksud raya dalam fahaman umum? Hari Raya adalah hari untuk meraikan kemenangan kita dalam menentang hawa nafsu kita... So, kalau nak raikan tu berpada-padalah... Daripada meraikan kemenangan kita melawan nafsu, jadi meraikan kedatangan syaitan pula,
Tahu tak meraikan kedatangan syaitan tu macam mana?
Bila bulan puasa je tutup aurat gila sempurna tapi lepas raya ambik kau pakai menjolok mata walau bertudung tapi ketat.. Aku paling tak suka macamtu, inilah menyebabkan daripada lelaki yang nak kawal nafsu terpaksa menentang habis-habisan bila lalu atau terserempak dengan makhluk seperti itu... memanglah kena tunduk pandangan tapi yelah... Ingat laki ni robot ke boleh tundukkan pandangan terus macam takde nafsu? Ingat lelaki ni takde perasaan?
Bila bulan puasa je jadi baik gila-gila kalah alim ulama, tapi bila lepas puasa je semua tu hilang macam bulan puasa je tempat untuk kita buat baik... Ingatlah bulan puasa bukan bulan wajib jadi baik tapi bulan lain tak... Bulan puasa ialah bulan dimana pintu neraka ditutup rapat dan pintu syurga dibuka seluas mata memandang... Maksudnya setiap ibadat yang kita buat ganjaran akan dilipat gandakan... haaa ambik kau aku nak cerita pasal Raya, Puasa pulak yang terlajak
Jadi dalam masyarakat Melayu terutamanya golongan remaja sering merungut... katanya Raya tahun ni tak best, pakcik makcik asyik tanya soalan bila nak kahwin dan macam lagilah...
Sebenarnya, zaman remaja ni adalah zaman pertengahan, zaman dimana kau nak lalui fasa dewasa, zaman dimana kau kena tinggalkan zaman kanak-kanak kau, zaman dimana kau akan rasa semua benda tak best lepas tu mulalah merungut "dulu, kita selalu buat ni, tapi sekarang dah tak"
Heyy, habis takkan selamanya kau nak jadi budak-budak haa? nak main bunga api, nak beraya dari rumah ke rumah kat kampung, nak buat benda pelik sampai atuk nenek kau nak marah kau sepanjang masa... Dulu benda paling jahat aku pernah buat ialah campak mercun naga dekat ibu dan anak-anak ayam yang tengah tidur pada waktu malam....hahahah jahat siuttt akuu xD
Seriously, kau dah tak buat benda apa yang kau selalu buat dengan saudara-mara kau macam dulu-dulu... Sebab kau dah besar, dah jadi matang, orang pelik kalau tengok kau macam budak-budak lagi... So, terima jelah...
kita semua membesar...
tapi, kegembiraan Syawal akan menjelma sekali lagi bila mana kau melalui fasa selepas remaja dan dewasa iaitu fasa berumah tangga, ya apabila fasa berumah tangga kau pula yang akan ambil giliran parent untuk pulang ke kampung dan melawat ibu ayah kau... kau akan rasa macam mana stressnya ayah ibu kau nak balik kampung bila tengah jam...fuh memang mencabar betul,,, tapi itulah budaya raya, tak rayalah kalau tak pernah kena hadap jam....
Dan disaat stress itu menjelma lihatlah wajah anak-anak yang keletihan sama ada tidur ataupun bermain dengan adik beradik... Lihatlah wajah ceria mereka menantikan ketibaan ke destinasi yang mereka sukai iaitu kampung... Ingatlah kembali bagaimana kita dahulu sewaktu kita ditempat mereka... Pasti mengembalikan nostalgia yang tidak akan kembali tetapi boleh dicipta baharu...
Kalau tak ada anak pun lihatlah suami atau isteri kita yang duduk disebelah kita, sama ada sedang tidur ataupun sebaliknya.. Lihatlah sejauh perjalanan hidup kita daripada kecil dan sampai sekarang dah berjaya dan mempunyai seorang pasangan yang mampu hidup bersama kita...
Senang cerita berfikirlah jauh daripada kita penat merungut jam bagai... Yang si 'penumpang' juga perlulah pandai melayan 'pemandu' yang bosan meredah jam waktu tu... Ceritalah ataupun berboraklah dengan dia jangan buat sampai dia mengantuk...buat lawak ke bergurau ke bercuit ke bertumbuk ke asalkan jangan buat si 'pemandu' hilang mood atau bergaduh sudahlah...
Satu lagi masalah apabila menjelmanya Bulan Syawal adalah ego, dan pertelingkahan tentang giliran pulang ke kampung... Kes ini selalu berlaku pada suami isteri sahaja... Kengkadang si suami ni degil asyik nak pulang ke kampung belah dia sahaja, begitu juga perempuan... Paling teruk apabila kes ini kadangkala mampu mengakibatkan cerai... MasyaAllah... sampai begitu sekali...ish...ish..ish
Penyelesaian persengketaan atau perselisihan ini mampu diselesaikan bagi yang berkeluarga dengan merujuk kepada anak itu sendiri... Sometimes kita kena bekorban dengan anak dan bertolak ansur dengan pasangan... Dan 'sometimes' itu antaranya adalah waktu ketika ini.. Waktu dimana kekeliruan atau perselisihan untuk balik ke kampung belah mana....
Bukan apa, kadang-kadang anak tu tak rapat dengan saudara sebelah kita nanti dorang rasa awkward, lagi teruk kalau bosan...seta merta lah raya ni tak best bagi dorang...bukan kita sorang je raya nak gembira... ingatlah orang lain sekali, apa guna kalau kita sahaja gembira tapi menyebabkan ahli keluarga menderita...
Senang cerita amalkanlah sifat bertolak ansur dan kurangkanlah perasaan ego pada setiap ahli keluarga tak kiralah sesiapapun ahlinya...
Bagi yang mencapai usia yang dibenarkan berkahwin mesti bila balik kampung ada makcik pakcik nenek atuk yang akan tanya soalan paling common "belajar mana?" "umur dah berapa?," "bila nak kahwin?" "dah merancang belum?" dan seumpamanya...
Woii! Rilek lah! dorang cuma tanya aje bukan mengaibkan... Kita yang tetiba nak mengelabah ni kenapa?cakap jelah belum masanya lagi ke masih belajar lagi ke susah sangat ke? Aku dah cuba selami hati orang-orang yang gelabah bila ditanya soalan tu dan aku langsung tak paham mana salah silapnya...
Bertenang, mereka cuma nak bermesra dengan kita sahaja.. Kalau tak tanya nanti nak tanya apa lagi? maklumlah dah lama tak jumpa nak tahu juga perkembangan anak-anak buah dia... Kang bila tak tanya nanti krik-krik pula, awkward lah hambarlah dan macam-macam rungutan lain lagi yang dilemparkan golongan yang macamni..haih
Ingatlah, Raya Aidilfitri ini hanya setahun sekali untuk kita meraikannya... Jadi, janganlah kita merosakkannya dengan mengadakan trend pelik-pelik atau budaya baru yang tak masuk akal... Manakala budaya yang lama jangan dilupakan pula... Jadikan ia warisan bagi generasi kita yang akan datang termasuklah anak kita seperti anyam ketupat, wajik, dodol, main bunga api, main mercun, beraya rumah ke rumah, ziarah menziarahi dan maaf-bermaafan...
Jadikanlah Raya ini suatu hari yang penuh memberi seribu makna dan membawa maksudnya yang sempurna <3
Assalamualaikum!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan