Halaman

Sabtu, 4 Jun 2016

Naruto

Assalamualaikum,

Setiap orang mesti ada impian sendirikan? ada role model sendiri, ada rival sendiri, ada inspirasi sendirikan? sebab seseorang kalau nak berjaya, nak capai apa yang diimpikan mestilah ada seseorang yang patut dia contohi
. Paling kurang pun ada jugak yang nak buat cerita sendiri, itu pun okay juga tapi selalunya yang nak buat 'cerita sendiri' ni perjalanan cerita dia susah sikit. Tapi kalau berjaya hasil sangat berbaloi.

Dan bagi umat Islam, memang patut dijadikan Muhammad s.a.w sebagai role model kita. Kesungguhan baginda dalam berdakwah, sifat mulia Baginda memang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa. Tidak hairanlah Baginda menjadi kekasih Allah S.W.T. Malah, tidak putus asa Baginda juga patut kita contohi bilamana dakwah Baginda tidak diterima, malah dicerca dengan pelbagai hinaan. Memang tiada siapa mampu tandingi Baginda. Baginda patut dijadikan role model utama bagi umat Islam. Tapi kenapa title entry ni Naruto? sebab Naruto adalah sebahagian daripada inspirasi aku.

Bukan maksud aku nak menduakan Baginda, tidak. Tapi disebabkan aku di kelilingi orang yang kurang kesedaran untuk mencintai Nabi membuatkan aku susah untuk mengenal Nabi dengan lebih dekat. Ada segelintir yang telah pergi meninggi mengenal Nabi sampai lupa yang aku masih dibawah nak mencapai pengenalan Nabi dan sedihnya tiada siapa menarik aku keatas bersama...hmm

Maksud aku nak cari kitab fikh susah, nak cari buku riwayat, hadis dan sirah susah nak jumpa. Nak pergi perpustakaan memang tak tahu lagi tiada siapa nak ajak atau berminat. Yang lain semua dakwah lepas tu lupa aku...aku ditinggalkan keseorangan...sedeyh sehh..Tapi yelah dah biasa dengan membe lupa membe ni. Jangan tikam belakang sudahlah.

Tapi kawan aku segelintir ada yang minat kartun jenis aksi ni. Aku pun boleh tumpang tengok. Tapi tu bukan pada permulaan dari mana aku minat cerita Naruto ni. Ianya bermula di surau. hahahaha ye surau, tempat dimana kita beribadat tapi dijadikan tempat main game pula huhu... Ampunkanlah kami ya Allah. Actually bukan aku yang main, tapi aku ada nampak sorang junior ni main depan aku dekat phone. Aku tengok pun macam best je sebab jenis aksi dan bermisi. Lagi satu jenis game yang 3D ni ramai yang suka boleh kata permainan macam kat psp la. Guna application 'ppsspp Gold' tapi tu cuma controller je game dia kena cari kat web dia nak tahu carilah sendiri.

Bila dah shareIT game tu, aku pun mainlah. Game dia sebelum fight bermula, dia ada cerita sikit macam episod Naruto, yang lainnya dia ringkaskan membuatkan aku lebih faham dengan mudah. Start tu aku dah mula minat Naruto. Aku mula tengok episod Naruto yang lepas-lepas sebab nak tahu apa jadi sebenarnya. Yelah kan diringkaskan, dahlah banyak flashback, menyusahkan betul. Start daripada dia lawan dengan Sasuke, Shikamaru dengan cikgu Asuma lawan dengan team Akatsuki lepas tu cikgu Asuma meninggal, Naruto belajar Sage Mode, kedatangan Pain memusnahkan Kampung Daun Sembunyi (Hidden Leaf Village/Konoha) Naruto lawan Pain, Sasuke nak balas dendam kat abang dia Itachi dan mati lepastu Sakura nak bawak balik Sasuke berseorangan then Naruto dapat tahu dan akhirnya Naruto lawan Sasuke. Game tu sampai part tu je. Ultimate Ninja Storm 4.

Sometimes aku pun terfikir kenapalah Sirah Nabi tak sesenang macam ni? Kan bagus kalau aku boleh kenal Nabi dengan macam ni je hahahah... Tapi salah satu cara kita nak mencintai Nabi adalah mengikut Sunnahnya. Aku pun pakailah Kurtah, belum masanya nak berjubah. Aku rasa aku ni dah macam tahap Sennin Mode dah hahahaha...  Belum masuk Jubah lagi, evolution aku belum tahap tu lagi hahahah... Bila pakai kurtah pun kadang-kadang ada rasa macam Sennin Mode tak pun dah jadi Team Akatsuki dah hahahah perhh imaginasi aku hahahaha xD

 Macam nilah rasanya kahkahkahkah xD


Jadi, kenapa aku memilih watak Naruto sebagai sebahagian dari inspirasee aku? sebab banyak semangat dia yang boleh kita terapkan dalam diri kita.

Degil

Degil yang dimaksudkan disini bukan kita jadi nakal lepas tu orang tegur kita degil keras kepala tanak terima langsung apa yang orang tegur kat kita. Tapi degil kat sini ialah degil dengan apa yan orang kata, yang boleh menjatuhkan dia. yang boleh spoil kan mood dia. Contohnya cita-cita Naruto ialah untuk menjadi Hokage yang terhebat dan mengatasi semua Hokage-hokage yang terdahulu. Ramai yang tak percaya dengan cita-cita Naruto, ramai anggap mustahil, ramai dah kata kat dia cita-cita dia tu sia-sia tapi dia jatuh tak? langsung tak! malah, dia push diri dia untuk menjadi lebih baik. Dia push limit dia sampai berjaya. dan akhirnya dia dah jadi Hokage dah pun.

Macam tu jugaklah kita, dalam cita-cita kita jangan pandang kebelakang lagi, teruskan je cita-cita kita walaupun kita tahu akan dipandang remeh masyarakat. Yang bagi rezeki hanya Allah bukan masyarakat dan Allah tengok usaha kita, bukan hasil.  Teruskan usaha kita! jangan pandang apa yang orang kata selagi cita-cita kita baik, Allah pasti redha! Jadi macam Naruto!

Semangat Setia Kawan

Naruto dan Sasuke nampak je macam musuh, sebenarnya dorang sahabat lebih baik dari adik beradik! Apa yang membezakan mereka adalah latar belakang keluarga mereka, Naruto sejak dari kecil kehilangan Mak Ayah dia iaitu Uzumaki Kushina dan Minato. Sasuke pula dulu pernah hidup bekeluarga, tapi ada detik hitam dimana Abang dia Uchiha Itachi bertindak mengkhianat keluarga Uchiha dengan membunuh semua keluarga Uchiha kecuali keluarga adik dia, Sasuke.

Itachi sebenarnya tersilap sebab dia ada dengar akan ada satu dari keluarga Uchiha yang akan menghancurkan dunia. Jadi dia bunuh semua keluarga Uchiha kecuali Sasuke sebab sayang adik dia. Dia tipu Sasuke, dia suruh benci diri dia supaya Sasuke bertambah kuat. Jadi selama ni hati Sasuke penuh dengan dendam dan kebencian terhadap Itachi hingga akhirnya dia dapat tewaskan abang dia.

Akhirnya Sasuke dapat sharingan baru dengan set api hitam dan susano sekali sebab dapat membunuh darah keluarga sendiri. Sasuke juga dendam dengan Konoha sebab dia rasa banyak orang bahagia macam dia tu sorang-sorang dalam dunia ni yang sedih kehilangan keluarga. Suatu masa nanti Sasuke nak hancurkan seluruh Konoha. Jadi objektif Sasuke yang pertama membalas dendam dekat Itachi dan menyerang konoha.

Naruto percaya dalam hati Sasuke masih ada kebaikkan. Naruto tetap akan tarik semula Sasuke walaupun dia tahu bahayanya dendam Sasuke. Dulu Naruto gaduh dengan Sasuke sebab Sasuke nak jadi pengikut Orochimaru dimana Sasuke boleh jadi lebih kuat untuk membalas dendam terhadap Itachi. Tapi Naruto tanak Sasuke pergi. Dia tetap dengan pendirian dia yang dia akan bawa balik Sasuke walau apa cara sekali pun sebab mereka tetap kawan! Hanya sedikit salah faham je buat mereka bergaduh. Dan Naruto takkan berpaling dari kata-katanya sebab itu jalan Ninja dia! tetap degil dan tak mudah putus asa!

Itulah sifat setia kawan yang kita nak! Kalau kawan kita berubah macam mana sekali pun, tarik dia kembali ke jalan yang benar semula! bukan tinggalkan dia dan cari yang lain! apa jenis membe macam tu! Kalau kawan kita down, kita tarik dia ke atas semula! Tolong kawan kita dikala kawan kita susah dan bersama ketika senang! walau apa pun yang berlaku jangan putus kawan! Nak graduate sama-sama, nak berjaya sama-sama kan? Jadi jangan putus kawan! Jadi macam Naruto yang menarik Sasuke walau apa cara sekali pun!

Tidak Berputus Asa

Kalau kita tengok dalam cerita Naruto, kita selalu tengok kat part lawan dia. Bilamana dia berlawan dan macam takde harapan, Naruto tetap tak berputus asa! dia akan cuba walau seteruk mana pun dia kena! Dan bila dia dah sampai limit dia, dia push diri dia. Dalam diri kita pun kita mesti ada rasa limit kita kan? Bila tengah bersukan ke belajar ke, mesti kita akan rasa penat dan rasa itulah limit kita, sepatutnya bila dah sampai situ kita jangan mengalah! kita kena push lagi diri kita untuk berjuang habis-habisan! bila dah sampai limit kita kena push diri kita, contoh kalau angkat dumbbell dah rasa lenguh kita cuba lagi macam tu kali terakhir kita. Baru kita akan rasa berdenyut otot kita sebab kita dah lepas limit kita. Ikut pengalaman aku laa~

 Nafsu dan Kyuubi


Ingatlah nafsu dan amarah kita lebih besar dari ni hahahah


Kalau kita tengok dalam certain part bila Naruto memang dah habis limit dia dah pengsan ke apa ke tak boleh kawal kemarahan dia ke mesti Tailed-beast dia keluar. Bila lawan Pain pula hampir hampir Naruto nak bukak pagar Kurama dia. Macam tulah nafsu, bila kita tak boleh kawal nafsu kita, nafsu kita pulak yang kawal diri kita. Nafsu tu umpama Kyuubi dalam diri kita la. Tak kesahlah ekor berapa, sembilan ke lapan ke tujuh ke enam ke satu ke dalam setiap badan kita ada kyuubi kita tersendiri (musang berekor sembilan) kalau kita tak boleh kawal dia, dia yang akan kawal kita. Kalau time kita tengah marah ke, kita dah rasa bernafsu nak makan ke lagi-lagi bulan puasa ni, kita bayangkan je itulah Kyuubi musang berekor sembilan (nafsu) kita,


 dikala kita tengah marah, rasa nak lepaskan je kemarahan kita, itulah tandanya Kyuubi kita nak keluar. Jadi kita kena kawal Kyuubi kita tu cepat-cepat. Kena kunci pagar tu daripada keluar cepat-cepat. Barulah marah kita rasa rendah sikit. hahahahaha part ni aku suka sebab menjadi. Inilah cara aku kawal nafsu aku atau marah aku :3





Bila dia dah besar kan, Dia dah jadi Hokage, dah kahwin dengan Hinata dah pun, dapat Boruto dengan Himawari pula tu, senang cerita bila dia dah besar dia dah berjaya dah. Ini antara salah satu sebab kenapa aku suka cerita Naruto ni sebab dia punya jalan cerita tak tersangkut. dan dalam pada masa yang sama bila aku tengok Naruto dah besar enn...Aku tertanya-tanya dengan diri sendiri...

"Eh, kau tanak berjaya macam dia ke?"

setelah berdepan dengan kesusahan, kesedihan bersama rakan-rakannya sampai sekarang dan tengok, itulah life goals yang sebenar! :D

*p/s: Ada orang merungut kat aku yang dia tak suka cerita Naruto. Sebab orang yang buat cerita tu mungkin dah kehabisan idea nak buat kuasa apa. Rasengan je tak habis-habis.Yang cerita Boruto antara tanda dah kehabisan idea bila mana Boruto cuma buat Rasengan besar je nak kalahkan Otsusuki apentah. Lagi satu musuh dari dulu sampai cerita Boruto sama je pakaian dia.

Sebenarnya pakaian dorang sama sebab dorang dari asal yang sama. Yang datang ke dunia mula-mula Otsusuki Kaguya, dia datang sebab dia sukakan dunia ni dan bercinta dengan manusia. Kaguya benci akan peperangan dan dia nakkan keamanan. Tapi disebabkan salah faham yang berpunca daripada negeri lain membuatkan Kaguya terpaksa menggunakan Infinite Tsukoyomi dimana dia melupakan semua penduduk tentang peperangan dan melupakan semua orang.

Dengan kata lain selepas infinte tsukoyomi, penduduk kampung akan lupa akan peperangan bila dorang rasa nak berperang, Kaguya akan suruh dorang menjalankan ritual dekat pokok besar yang datang dari langit untuk menghilangkan ingatan tentang peperangan kepada penduduk kampung. Dengan kata lain semua penduduk kampung hidup umpama boneka mereka hidup dalam pandangan Kaguya sahaja.

Rahsia ini dapat dihidu oleh kedua anaknya Otsusuki Hogoromo dan Otsusuki Hamura melalui Kodok yang bernama Gamamaru. Kaguya menyatakan bahawa nanti akan ada beberapa Otsusuki yang lain akan datang untuk mengambil balik kuasa cakra. Makhluk tu lah yang ada dekat cerita Boruto tu. Yang Naruto the Last pula pasal bulan dimana adik Hagoromo, Hamura bersemayam di bulan dan terjadi peperangan. Otsusuki Toneri pula nak hancurkan Bumi lupa sebab apa. Sebab tu musuh semua pakaian sama. Lagi satu aku tengok cerita Naruto sebab nak buat motivasi je. Takde pulak aku kesah pasal kuasa dia semua. Yang penting semangat dia takkan padam~


Assalamualaikum! B)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan