Halaman

Jumaat, 8 April 2016

Puisi #1

Dikala keheningan ketika ini,
aku terfikir,
kemana hendak kucari,
mencari ketenangan,
tetapi bukan hiburan duniawi,
ianya hiburan syurgawi,

Dimana ianya ketenangan,
yang lain caranya,
yang lain feeling nya,
yang tenang tahap infinite nya,
kepada Pencipta,

Dimana semua makhluk beribadat kepada-Nya,
dimana semua makhluk bertasbih memuji-Nya,
dimana semua makhluk berzikir sepanjang masa,

Dimana tempatnya putih suci,
kawasan yang tenang,
cahaya keimanan terang benderang,
zikir dan puji-pujian tidak henti-henti,

ahh... tenang jika berada di sana,
di tempat malaikat menghuni mungkin,
atau ku kira di syurga dengan yakin,
tapi aku tahu aku hanya hamba,
mana mungkin tempat itu layak seperti ku,

Justeru di mana tempat ku,
kucari dan terus mencari,
hingga ku jumpa syurga yang kucari,
walaupun bukan syurga sebenar,
tapi ku syukur benar,
itulah tempat persinggahan sementara syurga,
itulah tempat ketenangan sementara,

Dimana?
di masjid surau,
yang dulunya tidak ku hirau,

Alhamdulillah,
Penciptaku telah memberikan apa yang aku inginkan,
Penciptaku telah memberi hidayah pada ku,

Ya Allah,
kekalkanlah aku dijalan Mu,
jalan yang sentiasa lurus terpesong tiada,
jalan yang penuh nikmat yang Engkau redhai,
dan bukannya jalan yang Engkau murkai,
dan jalan-jalan yang sesat,

*maaf sekadar mencuba membuat puisi, tak terrer macam korang haha :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan